Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia kepada pengunjung blog......dikesempatan ini kami ingin mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung blog, tuan/puan/dato'/datin tak kira samada pengusaha cendawan maupun bukan pengusaha cendawan. Proses pembelajaran serta menambah ilmu tidak pernah terhenti sehingga ke akhir hayat kita untuk seseorang itu terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Blog ini diwujudkan agar semua orang mampu mengenali dan berkenalan dengan koperasi ini. Jaringan perniagaan bebas tanpa sekatan dan bersih dari anasir jahat hasad, dengki dan khianat adalah suatu matlamat perjuangan perniagaan kita semua. Insyaallah...



Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang meletakkan impian agar bidang pertanian mampu menjadi penyumbang faktor ekonomi yang utama di suatu masa nanti. Koperasi mengharapkan agar gerakan ini mampu bersama-sama di dalam gerakan koperasi negara untuk menyumbang ke dalam KDNK kita. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk Jabatan Pertanian Pulau Pinang, pihak Suruhanjaya Koperasi, serta lain-lain agensi, individu yang terlibat yang telah menjadi badan penyelaras serta penggerak serta pencetus impian ini menjadi realiti



Keuntungan bukanlah satu-satunya matlamat mutlak perjuangan koperasi namun ianya suatu tuntutan jika koperasi ingin terus cemerlang dalam gerakan. Koperasi tidak mensasarkan keuntungan yang besar untuk tahun pertama namun syabas untuk semua yang terlibat kerana gerakan aktiviti yang berterusan memperlihatkan kesungguhan meskipun tanpa sebarang dana permulaan yang besar. Koperasi kini akan akan memberi tumpuan perhatian terhadap proses transformasi petani/pengusaha tradisional kepada komersial serta merubah pandangan serta persepsi pengusaha di dalam hala tuju projek ini.



Harapan kami agar usahasama diantara pengusaha cendawan baru dan lama serta juga semua bloggers yang lain akan dapat menghasilkan satu jaringan usahasama yang lebih mantap lagi nanti dimasa depan dalam memajukan industri cendawan ini.







Insyaallah


Ikhlas dari Pengerusi KUCPP


































Sunday, January 31, 2010

Majlis Perasmian Penubuhan Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang Berhad


Teks ucapan Puan Pengerusi Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang Berhad - Puan Rosmawati Muhammad (16hb Jan 2010)

Budaya koperasi merupakan suatu dimensi penting di dalam pembentukan dan pembangunan sosio-ekonomi sesebuah masyarakat umumnnya. Sekali gus ianya mampu membantu kita untuk membendung kita dari ditindas dengan masalah orang tengah. Tidak keterlaluan jika saya katakan budaya koperasi ini juga mampu mengawal kenaikan harga barang. Sesiapa sahaja yang menjadi pemain di dalam dunia perniagaan serta terlibat dengan aktiviti sosio ekonomi tidak dapat lari dari hukum persaingan. Kita...mungkin pemenang di masa kini tetapi kita tidak akan terus dapat berada di puncak sekiranya kita tidak benar-banar peka dan tajam dengan segala perubahan di sekeliling kita. Saya ingin menggunakan ungkapan English iaitu "Survivor Of The Fittest" itulah perumpamaan yang menunjukkan hanya mereka yang cukup cekap dan tajam dalam dunia perniagaan yang akan mampu bersaing. Kita mengwujudkan koperasi supaya kita tidak akan bersaing sesama sendiri malah kita akan bekerjasama dalam suatu kumpulan yang besar. Kita semua mungkin adalah penggiat pertanian namun sudah sampai masanya kita berfikir untuk menjadikan pertanian ini sebagai suatu entiti perniagaan. Koperasi mamapu membantu para petani yang selama ini hanya setakat mengeluarkan hasil sedangkan sebenarnya masih banyak lagi aktiviti tambah nilai untuk hasilan pertanian tersebut yang dilakukan oleh individu lain yang telah nampak peluang dan potensi. Dengan membudayakan koperasi juga kita akan dapat lebih manafaat dari segi pengumpulan modal serta bantuan dari pihak kerajaan. Kita tidak seharusnya menyempitkan diri dan pemikiran kita, bila saja penubuhan sesebuah koperasi perkara yang selalu dibincangkan ialah berapa banyak pinjaman dan berapa peratus faedah yang dikenakan. Sebenarnya, banyak lagi faedah dan keuntungan yang bakal kita kecapi dengan membudayakan koperasi dalam masyarakat dan komuniti pengusaha tanaman cendawan khususnya. Saya juga berharap suatu hari nanti pertanian khususnya tanaman cendawan ini mampu juga turut sama aktif di dalam program berteknologi tinggi yang mampu memberikan pulangan yang lebih lumayan kepada semua pengusaha cendawan. Koperasi diwujudkan untuk menyelesaikan masalah dan itu adalah sejarah untuk sesebuah koperasi. Ingin saya berkongsi dengan semua makna "COORPERATION" @ koperasi itu sendiri....kehadiran kita semua pada hari ini (16/jan 2010) adalah sebuah permulaan "Beginning", Bersama-sama setia dengan koperasi adalah "Progress" hingga kita semua mampu bekerjasama barulah ianya suatu kejayaan "Success".

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kak Rose..
    saya edit sikit, saya copy dari ruang komen yang kak letak asal tu kendian paste kat blog page...hehehe..

    ReplyDelete
  3. Perancangan aktiviti Koperasi

    1. Menurunkan harga kos pengeluaran dalam penghasilan bongkah cendawan dan sekali gus memberi peluang keuntungan jualan hasil cendwan yang lebih tinggi. Mendapatkan bekalan peralatan, bahan input dan mesin pada harga yang lebih rendah untuk tujuan di tersebut.

    2.Menjadikan koperasi sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran komoditi cendawan yang dihasilkan oleh semua ahli. Fungsi utama ialah memastikan pasaran yang lebih stabil dan terjamin.

    3.Koperasi akan merangka aktiviti pengumpulan yang mampu memberi manafaat dan faedah kepada kedua-dua pihak iaitu koperasi dan ahli koperasi. Aktiviti pengumpulan akan lebih berbentuk kepada pengurangan kos dalam proses penjualan yang dijalankan sekarang oleh ahli koperasi.

    4.Merangka pelan untuk penanaman cendawan yang lebih aktif dan aggresif untuk memastikan pengusaha mampu meningkatkan pengeluaran cendawan lebih tinggi. Khidmat nasihat dan bimbingan akan diberikan kepada ahli koperasi.

    5.Merangka aktiviti yang berbentuk perniagaan bagi koperasi bagi menjana pendapatan serta keuntungan. Konsep jualan adalah berbentuk "KIOSK" gerai jualan cendawan goreng yang berpusat di lokasi yang ada nilai pembeli yang tinggi. Mampu menjana keuntungan serta pendapatan kepada kedua-dua pihak iaitu koperasi dan ahli koperasi.

    ReplyDelete
  4. Salam Tahniah!

    Hanya boleh mengintai dari jauh buat masa ni. Semoga KUCPP terus maju jaya.

    Selamat menyambut Ramadhan & Syawal juga. :)

    ReplyDelete