Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia kepada pengunjung blog......dikesempatan ini kami ingin mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung blog, tuan/puan/dato'/datin tak kira samada pengusaha cendawan maupun bukan pengusaha cendawan. Proses pembelajaran serta menambah ilmu tidak pernah terhenti sehingga ke akhir hayat kita untuk seseorang itu terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Blog ini diwujudkan agar semua orang mampu mengenali dan berkenalan dengan koperasi ini. Jaringan perniagaan bebas tanpa sekatan dan bersih dari anasir jahat hasad, dengki dan khianat adalah suatu matlamat perjuangan perniagaan kita semua. Insyaallah...



Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang meletakkan impian agar bidang pertanian mampu menjadi penyumbang faktor ekonomi yang utama di suatu masa nanti. Koperasi mengharapkan agar gerakan ini mampu bersama-sama di dalam gerakan koperasi negara untuk menyumbang ke dalam KDNK kita. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk Jabatan Pertanian Pulau Pinang, pihak Suruhanjaya Koperasi, serta lain-lain agensi, individu yang terlibat yang telah menjadi badan penyelaras serta penggerak serta pencetus impian ini menjadi realiti



Keuntungan bukanlah satu-satunya matlamat mutlak perjuangan koperasi namun ianya suatu tuntutan jika koperasi ingin terus cemerlang dalam gerakan. Koperasi tidak mensasarkan keuntungan yang besar untuk tahun pertama namun syabas untuk semua yang terlibat kerana gerakan aktiviti yang berterusan memperlihatkan kesungguhan meskipun tanpa sebarang dana permulaan yang besar. Koperasi kini akan akan memberi tumpuan perhatian terhadap proses transformasi petani/pengusaha tradisional kepada komersial serta merubah pandangan serta persepsi pengusaha di dalam hala tuju projek ini.



Harapan kami agar usahasama diantara pengusaha cendawan baru dan lama serta juga semua bloggers yang lain akan dapat menghasilkan satu jaringan usahasama yang lebih mantap lagi nanti dimasa depan dalam memajukan industri cendawan ini.







Insyaallah


Ikhlas dari Pengerusi KUCPP


































Friday, January 29, 2010

Mesyuarat agung yang pertama




Mesyuarat agung koperasi usahawan cendawan berhad yang pertama telah selamat diadakan pada 16/1 yang lepas bertempat di Bilik Kuliah Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang di Cheruk Tok Kun.

Mesyuarat ini juga telah dirasmikan oleh yang berbahagia dato' Zainal Abidin Bin Osman penasihat kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah pengerusi majlis pembangunan pertanian parlimen nibong tebal.

Alhamdulillah kami juga berjaya mengumpulkan seramai 59 orang usahawan yang terdiri dari pengusaha-pengusaha cendawan seluruh negeri Pulau Pinang utk menjadi ahli.

Seramai 12 orang ahli-ahli lembaga pengarah juga telah dilantik utk menggerakkan koperasi usahawan cendawan pulau pinang iaitu terdiri daripada:

1) pengerusi - pn Rosmawati
2) penolong pengerusi Rahim
3) setiausaha pn Fatimah Yahaya
4) bendahari Azman bin Bede
5) ajk Hafiz .
6) ajk Karim
7) ajk Norizan
8) ajk Marwan
9) ajk Zohari
10) ajk Norhiza
11) ajk Ahmad Dzul
12) ajk Adi Safrin

Insyaalah nanti saya dapat gambar daripada jurugambar Jabatan Pertanian nanti saya akan upload disini..

No comments:

Post a Comment