Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia kepada pengunjung blog......dikesempatan ini kami ingin mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung blog, tuan/puan/dato'/datin tak kira samada pengusaha cendawan maupun bukan pengusaha cendawan. Proses pembelajaran serta menambah ilmu tidak pernah terhenti sehingga ke akhir hayat kita untuk seseorang itu terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Blog ini diwujudkan agar semua orang mampu mengenali dan berkenalan dengan koperasi ini. Jaringan perniagaan bebas tanpa sekatan dan bersih dari anasir jahat hasad, dengki dan khianat adalah suatu matlamat perjuangan perniagaan kita semua. Insyaallah...



Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang meletakkan impian agar bidang pertanian mampu menjadi penyumbang faktor ekonomi yang utama di suatu masa nanti. Koperasi mengharapkan agar gerakan ini mampu bersama-sama di dalam gerakan koperasi negara untuk menyumbang ke dalam KDNK kita. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk Jabatan Pertanian Pulau Pinang, pihak Suruhanjaya Koperasi, serta lain-lain agensi, individu yang terlibat yang telah menjadi badan penyelaras serta penggerak serta pencetus impian ini menjadi realiti



Keuntungan bukanlah satu-satunya matlamat mutlak perjuangan koperasi namun ianya suatu tuntutan jika koperasi ingin terus cemerlang dalam gerakan. Koperasi tidak mensasarkan keuntungan yang besar untuk tahun pertama namun syabas untuk semua yang terlibat kerana gerakan aktiviti yang berterusan memperlihatkan kesungguhan meskipun tanpa sebarang dana permulaan yang besar. Koperasi kini akan akan memberi tumpuan perhatian terhadap proses transformasi petani/pengusaha tradisional kepada komersial serta merubah pandangan serta persepsi pengusaha di dalam hala tuju projek ini.



Harapan kami agar usahasama diantara pengusaha cendawan baru dan lama serta juga semua bloggers yang lain akan dapat menghasilkan satu jaringan usahasama yang lebih mantap lagi nanti dimasa depan dalam memajukan industri cendawan ini.







Insyaallah


Ikhlas dari Pengerusi KUCPP

































Monday, August 30, 2010

COMING SOON ...AFTER RAYA

X PAYAH SUSAH...SUSAH NAK DTG UNTUK DPTKAN BEKALAN BAHAN MENTAH & PERALATAN. KOPERASI AKAN MENYEDIAKAN AKTIVITI BEKALAN BAHAN MENTAH & PERALATAN UNTUK PROJEK TANAMAN CENDAWAN HINGGA KE RUMAH ANDA. KITA MAHU KAN YANG TERBAIK UNTUK SEMUA AHLI KOPERASI.

KITA AKAN MENGHUBUNGI ANDA SEMUA AHLI KOPERASI UNTUK MAKLUMAN LANJUT. MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG PACKAGE PENGHANTARAN AKAN DIMAKLUMKAN DI DALAM BLOG KOPERASI SELEPAS 03 OKTOBER 2010.

Monday, August 9, 2010

KURSUS INTENSIF TANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU 08 OGOS 2010

Para peserta sedang khusyuk menjalankan latihan praktikal dibantu oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang penanaman cendawan.
Para peserta sedang melakukan latihan praktikal penyediaan beg media, salah satu latihan praktikal yang akan memberi lebih kefahaman tentang proses.

Puan Rosmawati selaku penceramah jemputan (1) sedang memberikan penerangan dalam sessi kursus .




Puan Rosmawati selaku pengerusi Koperasi sedang menyampaikan cendera hati di atas kesudian Datuk Arshat selaku penasihat Koperasi memberikan ucapan aluan serta merasmikan kursus asas cendawan anjuran Koperasi yang julung kali diadakan.









Wednesday, August 4, 2010

PROGRAM BERSAMA KOPERASI, JAB PERTANIAN & PIHAK MARDI - LAWATAN MARDI KE 10 TAPAK PROJEK AHLI KOPERASI 04/OGOS & 05/OGOS 2010

Destinasi #01 - En. Zaidi (Kepala Batas- SPU)

Sedikit taklimat ringkas serta perkongsian maklumat

Rumah Cendawan En. Zaidi (Kepala Batas - SPU)


Habuk kayu mesti diletakkan di tempat sesuai

Tempat pemeramam En.Prased - SPT




Isteri En. Prased (Ann) yang menerangkan proses penanaman yang dilakukan

Rumah cendawan En.Prased


Rak yang dipenuhi dengan bongkah cendawan En. Prased

Rumah Cendawan En. Nizam Ahmad (SPT)

En. Nizam sedang menjawab soalan yang diajukan oleh pegawai MARDI En. Hassan

Rumah Cendawan En. Hafizzudin di Pengkalan Tambang - SPT

Pandangan dalam bahagian rumah cendawan En. Hafizzuddin (SPT)

kelihatan cap yang sudah digunakan sedang dibersihkan untuk guna semula
En. Aminurashid (SPU) Pekan Baru, sedang mendengar nasihat En. Hassan (MARDI - K.Lumpur)


Tempat pemeramam sementara yang digunakan oleh En. Aminurashid (SPU)

Puan Haridan (Jab Pertanian) sedang mendengar penerangan oleh En. Aminurashid



















Sunday, August 1, 2010

AKTIVITI PEMBANGUNAN MODAL INSAN SERTA PENGWUJUDAN PROJEK PERTANIAN BARU

KURSUS ASAS TANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU
TARIKH : 08 HB OGOS 2010
LOKASI : DEWAN KULIAH, PUSAT LATIHAN JABATAN PERTANIAN, CHEROK TOK KUN, BUKIT MERTAJAM
MASA : 08.30AM HINGGA 5.30PM
ANJURAN : KOPERASI USAHAWAN CENDAWAN PULAU PINANG BERHAD
CAJ YURAN : RM170 SEORANG
BERMINAT : SILA BERHUBUNG DENGAN EN. ABDUL HADI (019-378 5532) @ EN. HAFIZ (012-3748251). TEMPAT TERHAD.

NOTA LENGKAP, MANUAL PENANAMAN, SAMPEL PERALATAN, STARTER PACK, MAKAN DISEDIAKAN, SIJIL (DARI JABATAN PERTANIAN), PRAKTIKAL LENGKAP.

70% PRAKTIKAL DAN 30% TEORI, ANALISA & PERBINCANGAN
KONTRAK FARMING, PUNCA KEGAGALAN PENGUSAHA, BERKONGSI PENGALAMAN DENGAN PENGUSAHA.