Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia kepada pengunjung blog......dikesempatan ini kami ingin mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung blog, tuan/puan/dato'/datin tak kira samada pengusaha cendawan maupun bukan pengusaha cendawan. Proses pembelajaran serta menambah ilmu tidak pernah terhenti sehingga ke akhir hayat kita untuk seseorang itu terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Blog ini diwujudkan agar semua orang mampu mengenali dan berkenalan dengan koperasi ini. Jaringan perniagaan bebas tanpa sekatan dan bersih dari anasir jahat hasad, dengki dan khianat adalah suatu matlamat perjuangan perniagaan kita semua. Insyaallah...



Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang meletakkan impian agar bidang pertanian mampu menjadi penyumbang faktor ekonomi yang utama di suatu masa nanti. Koperasi mengharapkan agar gerakan ini mampu bersama-sama di dalam gerakan koperasi negara untuk menyumbang ke dalam KDNK kita. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk Jabatan Pertanian Pulau Pinang, pihak Suruhanjaya Koperasi, serta lain-lain agensi, individu yang terlibat yang telah menjadi badan penyelaras serta penggerak serta pencetus impian ini menjadi realiti



Keuntungan bukanlah satu-satunya matlamat mutlak perjuangan koperasi namun ianya suatu tuntutan jika koperasi ingin terus cemerlang dalam gerakan. Koperasi tidak mensasarkan keuntungan yang besar untuk tahun pertama namun syabas untuk semua yang terlibat kerana gerakan aktiviti yang berterusan memperlihatkan kesungguhan meskipun tanpa sebarang dana permulaan yang besar. Koperasi kini akan akan memberi tumpuan perhatian terhadap proses transformasi petani/pengusaha tradisional kepada komersial serta merubah pandangan serta persepsi pengusaha di dalam hala tuju projek ini.



Harapan kami agar usahasama diantara pengusaha cendawan baru dan lama serta juga semua bloggers yang lain akan dapat menghasilkan satu jaringan usahasama yang lebih mantap lagi nanti dimasa depan dalam memajukan industri cendawan ini.







Insyaallah


Ikhlas dari Pengerusi KUCPP


































Senarai Harga Semasa Bahan Mentah KUCPP Bhd.

Harga Utk Ahli:
CAP                                    -      RM 0.045
NECK                                 -      RM 0.045
REST/STOPPER                 -      RM 0.03
1SET (Cap/Neck/Stopper)   -       RM 0.12
Plastik PP 6"x13' 0.07          -      RM8.50 bergantung harga pasaran titan plastik
Benih Cendawan                   -    RM3.20 - RM3.40 - bergantung pada berat kandungan

****Untuk tempahan benih memerlukan sekurang-kurangnya 3 hari untuk bekalan sampai. Stok benih dalam simpanan pihak koperasi sangat terhad kerana berisiko tinggi***


Harga Bukan Ahli:
CAP                                     -    RM 0.070
NECK                                  -    RM 0.070
REST/STOPPER                  -    RM 0.034
1SET (Cap/Neck/Stopper)     -     RM 0.18
Plastik PP 6"x13' 0.07            -     RM 9.50
Benih Cendawan                   -     RM3.50/pkt - RM4.00 bergantung pd berat kandungan

*** Untuk tempahan benih memerlukan sekurang-kurangnya 3 hari untuk bekalan sampai. Stok benih dalam simpanan pihak koperasi sangat terhad kerana berisiko tinggi***

Sila berhubung dengan Ahli Lembaga Pengarah di bawah untuk urusan tempahan barangan/peralatan :-

En. Azman bin Bede (019-567 8977)

Sila berhubung dengan Ahli Lembaga Pengarah di bawah untuk urusan khidmat nasihat/tempahan untuk mesin/jentera yang digunakan untuk projek tanaman cendawan. Aspek ini masih di dalam peringkat perbincangan tapi untuk terus membantu semua ahli, sila berhubung dengan :

Mesin steamer - 6' X 4' X 4' Kapasiti 720beg media dengan raga plastik @ tanpa bakul 1000 beg media
Bahan bakar = gas
Harga = RM7,000/seunit
BD/TL - En. Rahim  (017-490 7731)