Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia kepada pengunjung blog......dikesempatan ini kami ingin mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung blog, tuan/puan/dato'/datin tak kira samada pengusaha cendawan maupun bukan pengusaha cendawan. Proses pembelajaran serta menambah ilmu tidak pernah terhenti sehingga ke akhir hayat kita untuk seseorang itu terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Blog ini diwujudkan agar semua orang mampu mengenali dan berkenalan dengan koperasi ini. Jaringan perniagaan bebas tanpa sekatan dan bersih dari anasir jahat hasad, dengki dan khianat adalah suatu matlamat perjuangan perniagaan kita semua. Insyaallah...



Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang meletakkan impian agar bidang pertanian mampu menjadi penyumbang faktor ekonomi yang utama di suatu masa nanti. Koperasi mengharapkan agar gerakan ini mampu bersama-sama di dalam gerakan koperasi negara untuk menyumbang ke dalam KDNK kita. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk Jabatan Pertanian Pulau Pinang, pihak Suruhanjaya Koperasi, serta lain-lain agensi, individu yang terlibat yang telah menjadi badan penyelaras serta penggerak serta pencetus impian ini menjadi realiti



Keuntungan bukanlah satu-satunya matlamat mutlak perjuangan koperasi namun ianya suatu tuntutan jika koperasi ingin terus cemerlang dalam gerakan. Koperasi tidak mensasarkan keuntungan yang besar untuk tahun pertama namun syabas untuk semua yang terlibat kerana gerakan aktiviti yang berterusan memperlihatkan kesungguhan meskipun tanpa sebarang dana permulaan yang besar. Koperasi kini akan akan memberi tumpuan perhatian terhadap proses transformasi petani/pengusaha tradisional kepada komersial serta merubah pandangan serta persepsi pengusaha di dalam hala tuju projek ini.



Harapan kami agar usahasama diantara pengusaha cendawan baru dan lama serta juga semua bloggers yang lain akan dapat menghasilkan satu jaringan usahasama yang lebih mantap lagi nanti dimasa depan dalam memajukan industri cendawan ini.







Insyaallah


Ikhlas dari Pengerusi KUCPP


































Thursday, January 28, 2010

KOPERASI USAHAWAN CENDAWAN PULAU PINANG




Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1 malaysia kepada warga kulat sekelian.

Alhamdulillah syukur ke hazrat ilahi kerana sekarang ini koperasi kita dah pun bergerak 1 langkah kehadapan iaitu dengan adanya blog sendiri.

So nanti kalau ada apa-apa info dan ilmu utk dikongsi bersama bolehlah berkunjung kesini...nak lepak terus kat sini pun tak jadi masalah kerana tidak ada sapa yang melarang.

Idea nak buat blog ni sebenarnya tercetus semasa meeting ahli lembaga pengarah yang pertama kat kilang sos cendawan Cikgu Timah 2 hari lepas...so sementara saya ada masa free kat tempat kerja ni maka saja la godek-godek utk hasilkan blog..hehehe..

Harap-harap nanti kita dapat manfaatkan bersama blog ini sebaik mungkin insyaallah

rgds
Ahli Kulat@man

3 comments:

  1. ijad..kulat memang sedap dimakan..kalau buat cendawan goreng lagi sedap..

    ReplyDelete
  2. Azman, good effort. maaf le ahli lembaga yang lain dah veteren mungkin x berapa cekap ngan benda it nie. Well, kak rose suggest kite buat satu kelas untuk sume ahli lembaga supaya dapat memahirkan diri ngan ilmu it nie. anyway, this is a good start.....untuk koperasi kita.

    ReplyDelete