Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia kepada pengunjung blog......dikesempatan ini kami ingin mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung blog, tuan/puan/dato'/datin tak kira samada pengusaha cendawan maupun bukan pengusaha cendawan. Proses pembelajaran serta menambah ilmu tidak pernah terhenti sehingga ke akhir hayat kita untuk seseorang itu terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Blog ini diwujudkan agar semua orang mampu mengenali dan berkenalan dengan koperasi ini. Jaringan perniagaan bebas tanpa sekatan dan bersih dari anasir jahat hasad, dengki dan khianat adalah suatu matlamat perjuangan perniagaan kita semua. Insyaallah...



Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang meletakkan impian agar bidang pertanian mampu menjadi penyumbang faktor ekonomi yang utama di suatu masa nanti. Koperasi mengharapkan agar gerakan ini mampu bersama-sama di dalam gerakan koperasi negara untuk menyumbang ke dalam KDNK kita. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk Jabatan Pertanian Pulau Pinang, pihak Suruhanjaya Koperasi, serta lain-lain agensi, individu yang terlibat yang telah menjadi badan penyelaras serta penggerak serta pencetus impian ini menjadi realiti



Keuntungan bukanlah satu-satunya matlamat mutlak perjuangan koperasi namun ianya suatu tuntutan jika koperasi ingin terus cemerlang dalam gerakan. Koperasi tidak mensasarkan keuntungan yang besar untuk tahun pertama namun syabas untuk semua yang terlibat kerana gerakan aktiviti yang berterusan memperlihatkan kesungguhan meskipun tanpa sebarang dana permulaan yang besar. Koperasi kini akan akan memberi tumpuan perhatian terhadap proses transformasi petani/pengusaha tradisional kepada komersial serta merubah pandangan serta persepsi pengusaha di dalam hala tuju projek ini.



Harapan kami agar usahasama diantara pengusaha cendawan baru dan lama serta juga semua bloggers yang lain akan dapat menghasilkan satu jaringan usahasama yang lebih mantap lagi nanti dimasa depan dalam memajukan industri cendawan ini.







Insyaallah


Ikhlas dari Pengerusi KUCPP

































Monday, October 25, 2010

Sessi 02/2010 - Kursus Asas Tanaman Cendawan pada 24hb Oktober 2010

Syabas dan semuga maju jaya untuk semua peserta dari kiri berdiri di belakang sekali En Lutfi, En. Roshidi, En. Zulkipli, berdiri barisan kedua dari kanan En. Abdul Hadi, En. Richard, En Aizan, En. Shahrol Nizam, En.Azhari, duduk barisan hadapan dari kiri Cik Rohana, Pn.Norhayati,Pn.Rosmawati,Puan Salwa, En. Mohdd.Rodzi dan En.Azmi.







Peserta sedang menjalankan latihan secara praktikal untuk proses selepas tuaian dan pembungkusan cendawan.



Peserta diberikan peluang untuk melakukan tugasan tuaian cendawan. Salah satu latihan praktikal.





Para peserta ternyata berpuashati dengan lawatan tersebut, ternyata lawatan ini mampu memberikan gambaran sebenar rumah tuaian cendawan sebelum kursus bermula.



Aha.....ini yang dinamakan kelainan itu, semua peserta dibawa masuk ke rumah tuaian yang sebenar pengusaha. Tujuan sebenar ialah memberi pendedahan secara langsung sebelum sessi kursus dijalankan.



Alhamdulillah....sessi kursus ke 02 anjuran Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang Berhad telah dijalankan dengan lancar pada 24hb Oktober 2010. Ada kelainan lagi...ha..apa dia???? para peserta telah dibawa untuk lawatan ke tapak projek cendawan ummph...rumah tuaian cendawan dan rumah pemeramam cendawan. Kursus dimulakan dengan sessi lawatan untuk memberi pendedahan yang terus kepada setiap peserta.

































Monday, October 4, 2010

KURSUS PRODUK MAKANAN HASILAN CENDAWAN

UNTUK MAKLUMAN...
KURSUS PEMPROSESAN PRODUK MAKANAN HASILAN CENDAWAN TELAH DITUNDA KE SATU TARIKH LAIN ATAS SEBAB TEKNIKAL. JIKA ANDA BERMINAT SILA HANTAR/SMS NAMA KEPADA PETUGAS DI BAWAH.
KURSUS PEMPROSESAN PRODUK MAKANAN HASILAN CENDAWAN
TARIKH SESSI 01: DITETAPKAN NANTI
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 23/ OKTOBER 2010.
TEMPAT : AKAN DIMAKLUMKAN NANTI
PENCERAMAH : PUAN SINONA (GENTING PERMAI RESOURCES, SELANGOR)
MENU : (1) CENDAWAN GORENG (2) ADUNAN TEPUNG (3) SERUNDING CENDAWAN (4) PIZA CENDAWAN (5) BUN CENDAWAN (6) AIR CENDAWAN
KEUTAMAAN DIBERIKAN UNTUK AHLI PENUH KOPERASI. CAJ BIASA KURSUS IALAH RM250/SEORANG. KEISTIMEWAAN UNTUK SEMUA AHLI KOPERASI DENGAN YURAN SEPERTI DI BAWAH :
RM150/ SEORANG UNTUK AHLI PENUH KOPERASI
RM200/SEORANG UNTUK AHLI BIASA KOPERASI . TEMPAT ADALAH TERHAD. HANYA 20 ORANG UNTUK SETIAP SESSI KURSUS.
SILA HUBUNGI EN. ABDUL HADI (019-3785532) @ CIK ROHANA (012-491 6018).
UNTUK PENDAFTARAN @ SEBARANG SOALAN.