Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia kepada pengunjung blog......dikesempatan ini kami ingin mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung blog, tuan/puan/dato'/datin tak kira samada pengusaha cendawan maupun bukan pengusaha cendawan. Proses pembelajaran serta menambah ilmu tidak pernah terhenti sehingga ke akhir hayat kita untuk seseorang itu terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Blog ini diwujudkan agar semua orang mampu mengenali dan berkenalan dengan koperasi ini. Jaringan perniagaan bebas tanpa sekatan dan bersih dari anasir jahat hasad, dengki dan khianat adalah suatu matlamat perjuangan perniagaan kita semua. Insyaallah...



Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang meletakkan impian agar bidang pertanian mampu menjadi penyumbang faktor ekonomi yang utama di suatu masa nanti. Koperasi mengharapkan agar gerakan ini mampu bersama-sama di dalam gerakan koperasi negara untuk menyumbang ke dalam KDNK kita. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk Jabatan Pertanian Pulau Pinang, pihak Suruhanjaya Koperasi, serta lain-lain agensi, individu yang terlibat yang telah menjadi badan penyelaras serta penggerak serta pencetus impian ini menjadi realiti



Keuntungan bukanlah satu-satunya matlamat mutlak perjuangan koperasi namun ianya suatu tuntutan jika koperasi ingin terus cemerlang dalam gerakan. Koperasi tidak mensasarkan keuntungan yang besar untuk tahun pertama namun syabas untuk semua yang terlibat kerana gerakan aktiviti yang berterusan memperlihatkan kesungguhan meskipun tanpa sebarang dana permulaan yang besar. Koperasi kini akan akan memberi tumpuan perhatian terhadap proses transformasi petani/pengusaha tradisional kepada komersial serta merubah pandangan serta persepsi pengusaha di dalam hala tuju projek ini.



Harapan kami agar usahasama diantara pengusaha cendawan baru dan lama serta juga semua bloggers yang lain akan dapat menghasilkan satu jaringan usahasama yang lebih mantap lagi nanti dimasa depan dalam memajukan industri cendawan ini.







Insyaallah


Ikhlas dari Pengerusi KUCPP

































Saturday, July 24, 2010

KLINIK USAHAWAN CENDAWAN 2010

KEPADA SEMUA USAHAWAN CENDAWAN ATAUPUN MANA-MANA IDIVIDU YANG BERMINAT , PIHAK MARDI INGIN MENJEMPUT ANDA KE KURSUS SINGKAT PENGURUSAN CENDAWAN DAN PENDEDAHAN KEPADA PENYEDIAAN BENIH CENDAWAN YANG AKAN DIADAKAN PADA BUTIRAN SEPERTI BERIKUT :

Tarikh : 06Ogos 2010 (Jumaat)
Masa : 08.45am hingga 12.00pm
Lokasi : Dewan Setanjung, MARDI Seberang Perai
Sijil Penyertaan akan di berikan kepada peserta

Semua pengusaha dijemput hadir untuk berkongsi sebarang permasaalahan di dalam projek penanaman serta berkongsi teknologi dengan pihak MARDI. Satu peluang keemasan untuk ahli koperasi bagi menimba ilmu. Ingat Modal Insan adalah jaminan kecemerlangan.

Wednesday, July 21, 2010

EKSPO PELADANG, PETANI & PENTERNAK P.PINANG 2010 (08 JULAI - 11 JULAI 2010)

Sibuk ke susun...sos tu cikgu...Itu lah semangat orang lama..walau makan pencen pun tak habis..tapi semangat utk jadi usahawan masih tinggi. Orang -orang baru patut contohi semangat ni..
Sos..ni..sos cendawan..Fify Mushroom...sedap tau..cuba lah satu





Tengok..itu dalam habuk sudah ada mushroom..wah manyak senang oohh..tanam cendawan. Mana???mana???


En. Karim lagi lah sibuk nak membetulkan idgham...sebab kena layan orang arab..ahlan wa sah lan
Lihat betapa meriah sambutan yang gerai koperasi terima....sampai penuh sesak...sibuk sungguh nak tangkap gambor. Semua bangsa ada India ade..En. Adi (bukan main lah speaking)

Kalau kita mau order 10,000 bongkah cendawan, brape harge ???? Ada kawan kite berbangsa cina memang berhajat nak buat tanaman secara komersial.
Yang nie..lagie bahaya..kalau jatuh..mesti ada sebuah lubang yang amat dahsyat...En. Hafiz sedang menggantungkan banner koperasi.

Sibuknye...susun bongkah..hati-hati jangan jatuh macam buah nangka lak.
Puan pengerusi tengah susun bongkah yang menjadi tarikan utama dalam promosi kali ini.

08/Ogos hingga 11/Ogos 2010 (Gerai Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang Berhad) - Promosi & Jualan produk sempena Ekspo Peladang, Petani & Penternak 2010 Negeri P.Pinang.
(Dari kiri : En. Hafizzuddin, Cik Rohana, Puan Rosmawati dan Puan Rohaida)






















SEMINAR USAHAWAN CENDAWAN PULAU PINANG 26 HINGGA 27 JUN 2010


Hanya ucapan terima kasih buat semua ahli lembaga pengarah yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan seminar ini. Suatu permulaan yang baik. Agar kita semua boleh bersatu dan mengenengahkan sebuah koperasi berasaskan pertanian dalam gerakan koperasi negara.





Dari kiri berdiri : Puan Haridan (Jab Ptanian), En. Nabil (Nas Agro Farm), En Mat Ajib Ismail (Ahli Koperasi-suami Puan Rosmawati), Datuk Arshat bin Kasa (Penasihat Koperasi), En.Rahim (Timbalan Pengerusi),Puan Rohaida (Ahli Koperasi-Isteri En.Rahim). Duduk dari kiri : Puan Zainon (Genting Permai Resources), Puan Rosmawati (Pengerusi Koperasi), Datin Sabariah dan Puan Sinona (Genting Permai Agro Farm).





Puan Sinona ...dari Genting Permai AgroFarn salah seorang penceramah untuk kertas kerja produk hasilan dan tambah nilai. Terima lah cenderahati dari pihak penganjuran.











Tuan Hj Marzuki juga salah seorang contoh pengusaha cendawan yang berjaya dipanggil untuk menaikkan lagi semangat para peserta seminar.










Mr. Ooi dari syarikat Agro Bio Future, Gunung jerai dalam sessi berkongsi kejayaan.. Beliau memberi motivasi dan berkongsi kejayaan bersama peserta seminar









Pembentangan kertas kerja...cendawan dari perspektif perubatan oleh Dr. Sally (Agro Bio Future, Gunung Jerai)





Terima kasih...kata Dato' Hj Roslan bin Saidin. penyampaian cenderahati dari pihak Koperasi usahawan Cendawan Pulau Pinang Bhd kepada YB Dato' untuk kesudian di majlis tersebut










Penyuntik semangat.. kehadiran Tun Abdullah Hj.Ahmad Badawi, di majlis perasmian penutupan Seminar Usahawan Cendawan yang berlangsung selama 2 hari.