Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia kepada pengunjung blog......dikesempatan ini kami ingin mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung blog, tuan/puan/dato'/datin tak kira samada pengusaha cendawan maupun bukan pengusaha cendawan. Proses pembelajaran serta menambah ilmu tidak pernah terhenti sehingga ke akhir hayat kita untuk seseorang itu terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Blog ini diwujudkan agar semua orang mampu mengenali dan berkenalan dengan koperasi ini. Jaringan perniagaan bebas tanpa sekatan dan bersih dari anasir jahat hasad, dengki dan khianat adalah suatu matlamat perjuangan perniagaan kita semua. Insyaallah...



Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang meletakkan impian agar bidang pertanian mampu menjadi penyumbang faktor ekonomi yang utama di suatu masa nanti. Koperasi mengharapkan agar gerakan ini mampu bersama-sama di dalam gerakan koperasi negara untuk menyumbang ke dalam KDNK kita. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk Jabatan Pertanian Pulau Pinang, pihak Suruhanjaya Koperasi, serta lain-lain agensi, individu yang terlibat yang telah menjadi badan penyelaras serta penggerak serta pencetus impian ini menjadi realiti



Keuntungan bukanlah satu-satunya matlamat mutlak perjuangan koperasi namun ianya suatu tuntutan jika koperasi ingin terus cemerlang dalam gerakan. Koperasi tidak mensasarkan keuntungan yang besar untuk tahun pertama namun syabas untuk semua yang terlibat kerana gerakan aktiviti yang berterusan memperlihatkan kesungguhan meskipun tanpa sebarang dana permulaan yang besar. Koperasi kini akan akan memberi tumpuan perhatian terhadap proses transformasi petani/pengusaha tradisional kepada komersial serta merubah pandangan serta persepsi pengusaha di dalam hala tuju projek ini.



Harapan kami agar usahasama diantara pengusaha cendawan baru dan lama serta juga semua bloggers yang lain akan dapat menghasilkan satu jaringan usahasama yang lebih mantap lagi nanti dimasa depan dalam memajukan industri cendawan ini.







Insyaallah


Ikhlas dari Pengerusi KUCPP

































Thursday, March 18, 2010

Update Mesyuarat Kali Ke Tiga ALP pada 7/3/2010

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, mesyuarat ALP yang ke 3 telah berlangsung di kilang sos cendawan kak fyfy. Majlis mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Koperasi En. Rahim dengan jayanya. Maaf kerana lambat utk upload gambar ini asyik lupa ja..

Terima kasih kepada En Rahim dan isteri yang telah membuat kenduri tembikai...hehehe
lain kali kalau ada bawak la lagi...hehehe.. Begitu juga dengan Kak Fify yang masak bubur kacang ...wah sedap nye.

Terima kasih juga pada kak fyfy yang telah sudi memberi kebenaran utk ALP mengadakan mesyuarat di tempat kak Fyfy, berapa bayaran sewanya?? hehehe.......juga terima kasih diatas jamuan dan minuman yang disediakan....moga murah rezki kak fyfy dan bisnes bertambah maju.






En. Adi Safrin (ALP kwsn Pulau Pinang) sedang memberikan penerangan dan pandangan tentang pemasaran secara global ke peringkat antarabangsa. Suatu perkongsian maklumat yang sangat bernas dan bernilai.


















Aii...nape sume orang macam susah hati je....x pe. Ini baru peringkat permulaan mesti nampak lebih susah dari yang dijangkakan. Insyaallah..kalau kita bersatu hati kita boleh berjaya.






Wah..nampak serius je..Puan Pengerusi yang memperkatakan sesuatu tentang proses transformasi pengusaha cendawan yang tradisional kepada commercial.





Saturday, March 6, 2010

STRATEGI PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT DASAR KOPERASI

  1. Mentransformasikan kumpulan sasar tradisional kepada komersial
  2. Memastikan penglibatan untuk tanaman secara kelompok/kluster/berkumpulan
  3. Menjalankan usahasama secara strategik (Strategic partnership)
  4. Fokus kepada pertanian berteknologi tinggi seperti pembenihan tissue culture
  5. Fokus kepada aktiviti hiliran seperti pemprosesan produk makanan dan pengeluaran hasil sisa bongkah cendawan.

Skop transformasi akan menjurus kepada pengusaha yang kini lebih bergerak dalam era tradisional ke arah yang lebih komersial. Skop transformasi secara horizontal/vertikal juga memainkan peranan yang penting iaitu ;

  1. Pemprosesan makanan
  2. Aktiviti nilai tambah (value added)
  3. Aktiviti rangkaian bekalan (supply chain)
  4. Produk sampingan (by products)

MATLAMAT DASAR KOPERASI USAHAWAN CENDAWAN PULAU PINANG BERHAD

  1. TRANSFORMASI MODUS OPERANDI PERTANIAN KEPADA PENGELUARAN KOMERSIAL
  2. MENINGKATKAN PRODUKTIVITI DAN DAYA SAING SEKTOR PERTANIAN MELALUI PEMINDAHAN TEKNOLOGI
  3. MENGWUJUDKAN SUMBER PERTUMBUHAN BARU BAGI SEKTOR PERTANIAN
  4. MEMELIHARA DAN MENGGUNAKAN SUMBER BUANGAN DAN BAHAN ASLI SECARA LESTARI

ISU, MASALAH DAN CABARAN TANAMAN CENDAWAN PULAU PINANG

  1. Pengusaha kategori MIKRO & separuh masa
  2. Modal pengusaha adalah kecil
  3. Pengetahuan & kemahiran adalah masih rendah
  4. Bekalan bahan mentah yang tidak cukup dan berterusan
  5. Pengetahuan dalam bidang kualiti dan pengurusan yang kurang
  6. Modal peralatan/mesin mahal
  7. Kekurangan teknologi
  8. Kualiti benih cendawan yang rendah
  9. Disiplin diri pengusaha sendiri

PENINGKATAN KAEDAH PEMASARAN MELALUI KOPERASI

MENGHASILKAN PRODUK BERKUALITI ADALAH DUA PERKARA BERBEZA DENGAN MEMASARKAN PRODUK DENGAN BERKUALITI.

ANGGAPAN BAHAWA DENGAN PENGHASILAN PRODUK YANG BERKUALITI SAJA DAPAT MENJAMIN ASPEK HARGA YANG BERKUALITI ADALAH TIDAK TEPAT

DENGAN BEKERJA DALAM BENTUK BERPASUKAN SECARA LANGSUNG AKAN MENJADIKAN KITA LEBIH KUKUH DAN BERDAYA SAING.


  1. Mampu memiliki mesin pembungkusan jika perlu
  2. Boleh berkongsi peralatan (sewa) untuk keperluan yang singkat
  3. Tidak perlu banyak kenderaan, mungkin hanya sebuah lori untuk satu negeri sudah mencukupi
  4. Berkongsi kos pengangkutan
  5. Berkongsi maklumat dan kemahiran
  6. Pengurangan risiko kerugian bersama.

JANGAN SEKALI-KALI ADA

Semua ahli koperasi harus jauhkan dari sikap-sikap seperti :

  1. Sikap mementingkan diri sendiri
  2. Tamak
  3. Tidak berkongsi ilmu
  4. Tidak bersatu hati

Friday, March 5, 2010

SENARAI HARGA PERALATAN/BAHAN INPUT/MENTAH UNTUK AHLI KOPERASI

Kita sedang membuat perbincangan dengan pihak pembekal untuk mendapatkan harga yang terbaik. Kita akan cuba sedaya upaya membantu semua ahli yang juga pengusaha agar lebih kompetitif dari semua aspek.
Semua individu termasuk ahli koperasi yang berminat dan berkeupayaan juga boleh menjadi pembekal mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Monday, March 1, 2010

Borang Permohonan Keahlian



Nama: *
Alamat Surat Menyurat:
Bandar:
Poskod:
Negara:
No Tel: *
E-mail Address: *
Alamat Projek
Tarikh Lahir:
Taraf perkahwinan:Berkahwin
Bujang
Komen/soalan:
* DiperlukanPowered by Ahli Kulat


Syarat-syarat untuk menjadi Ahli koperasi:
Telah menjalankan projek yang berkaitan dengan cendawan dan mempunyai sekurang-kurangnya salah satu daripada perkara dibawah ini.

1) Tinggal dan bermastautin di Pulau Pinang.
2) Bekerja di Pulau PInang
3) mempunyai hartanah di Pulau Pianang.

Gambar-gambar 28/2/2010 Di Kilang Sos Kak Fyfy (Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi #02)

Ini ada sedikit gambar yang sempat dirakam pada 28/2/2010 yang lepas

Puan pengerusi kena bersila atas lantai..hehehe..




bertempat di kilang sos Kak Fyfy...





Hafis memberi sepenuh komitmen..


Terima kasih jamuan bihun oleh Pn setiausaha kita..sedap bihun singapore , aku tambah 2 kali.

Terima kasih juga kepada Sd. Rahim dan isterinya pn Rohaida yang membawa baulu....tapi aku tak sempat nak rasa baulu tu nak kena masuk kerja...kempunan.