Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia kepada pengunjung blog......dikesempatan ini kami ingin mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung blog, tuan/puan/dato'/datin tak kira samada pengusaha cendawan maupun bukan pengusaha cendawan. Proses pembelajaran serta menambah ilmu tidak pernah terhenti sehingga ke akhir hayat kita untuk seseorang itu terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Blog ini diwujudkan agar semua orang mampu mengenali dan berkenalan dengan koperasi ini. Jaringan perniagaan bebas tanpa sekatan dan bersih dari anasir jahat hasad, dengki dan khianat adalah suatu matlamat perjuangan perniagaan kita semua. Insyaallah...



Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang meletakkan impian agar bidang pertanian mampu menjadi penyumbang faktor ekonomi yang utama di suatu masa nanti. Koperasi mengharapkan agar gerakan ini mampu bersama-sama di dalam gerakan koperasi negara untuk menyumbang ke dalam KDNK kita. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk Jabatan Pertanian Pulau Pinang, pihak Suruhanjaya Koperasi, serta lain-lain agensi, individu yang terlibat yang telah menjadi badan penyelaras serta penggerak serta pencetus impian ini menjadi realiti



Keuntungan bukanlah satu-satunya matlamat mutlak perjuangan koperasi namun ianya suatu tuntutan jika koperasi ingin terus cemerlang dalam gerakan. Koperasi tidak mensasarkan keuntungan yang besar untuk tahun pertama namun syabas untuk semua yang terlibat kerana gerakan aktiviti yang berterusan memperlihatkan kesungguhan meskipun tanpa sebarang dana permulaan yang besar. Koperasi kini akan akan memberi tumpuan perhatian terhadap proses transformasi petani/pengusaha tradisional kepada komersial serta merubah pandangan serta persepsi pengusaha di dalam hala tuju projek ini.



Harapan kami agar usahasama diantara pengusaha cendawan baru dan lama serta juga semua bloggers yang lain akan dapat menghasilkan satu jaringan usahasama yang lebih mantap lagi nanti dimasa depan dalam memajukan industri cendawan ini.







Insyaallah


Ikhlas dari Pengerusi KUCPP

































Monday, March 1, 2010

Gambar-gambar 28/2/2010 Di Kilang Sos Kak Fyfy (Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi #02)

Ini ada sedikit gambar yang sempat dirakam pada 28/2/2010 yang lepas

Puan pengerusi kena bersila atas lantai..hehehe..




bertempat di kilang sos Kak Fyfy...





Hafis memberi sepenuh komitmen..


Terima kasih jamuan bihun oleh Pn setiausaha kita..sedap bihun singapore , aku tambah 2 kali.

Terima kasih juga kepada Sd. Rahim dan isterinya pn Rohaida yang membawa baulu....tapi aku tak sempat nak rasa baulu tu nak kena masuk kerja...kempunan.

2 comments:

  1. Alhamdulillah, tapi turn up hari itu hanya 50%. well...agak dissapointed juga, sebab x de resolusi yang dapat dibuat kerana seri 50% shj. Say selaku pengerusi koperasi benar-benar berharap agar semua ahli lembaga koperasi dapat memberikan komitmen...yang bukan setiap hari tapi hanya pada tarikh, hari dan masa yang kita adakan mesyuarat saje. Kehadiran anda memberikan suatu makna besar untuk kemajuan koperasi. Mesyuarat dan semua agenda mesyuarat # 02 pd 28hb Feb 2010 telah ditangguhkan ke suatu tarikh lain iaitu 07hb Mac 2010.

    ReplyDelete
  2. dah dapat sijil halal tu jaga le elok2 jangan dah dapat sijil buat ala balai je mcm mana jaipp pi melawat hari tu mcm tu lah sampai bila2 ye,

    ReplyDelete