Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia kepada pengunjung blog......dikesempatan ini kami ingin mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung blog, tuan/puan/dato'/datin tak kira samada pengusaha cendawan maupun bukan pengusaha cendawan. Proses pembelajaran serta menambah ilmu tidak pernah terhenti sehingga ke akhir hayat kita untuk seseorang itu terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Blog ini diwujudkan agar semua orang mampu mengenali dan berkenalan dengan koperasi ini. Jaringan perniagaan bebas tanpa sekatan dan bersih dari anasir jahat hasad, dengki dan khianat adalah suatu matlamat perjuangan perniagaan kita semua. Insyaallah...



Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang meletakkan impian agar bidang pertanian mampu menjadi penyumbang faktor ekonomi yang utama di suatu masa nanti. Koperasi mengharapkan agar gerakan ini mampu bersama-sama di dalam gerakan koperasi negara untuk menyumbang ke dalam KDNK kita. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk Jabatan Pertanian Pulau Pinang, pihak Suruhanjaya Koperasi, serta lain-lain agensi, individu yang terlibat yang telah menjadi badan penyelaras serta penggerak serta pencetus impian ini menjadi realiti



Keuntungan bukanlah satu-satunya matlamat mutlak perjuangan koperasi namun ianya suatu tuntutan jika koperasi ingin terus cemerlang dalam gerakan. Koperasi tidak mensasarkan keuntungan yang besar untuk tahun pertama namun syabas untuk semua yang terlibat kerana gerakan aktiviti yang berterusan memperlihatkan kesungguhan meskipun tanpa sebarang dana permulaan yang besar. Koperasi kini akan akan memberi tumpuan perhatian terhadap proses transformasi petani/pengusaha tradisional kepada komersial serta merubah pandangan serta persepsi pengusaha di dalam hala tuju projek ini.



Harapan kami agar usahasama diantara pengusaha cendawan baru dan lama serta juga semua bloggers yang lain akan dapat menghasilkan satu jaringan usahasama yang lebih mantap lagi nanti dimasa depan dalam memajukan industri cendawan ini.







Insyaallah


Ikhlas dari Pengerusi KUCPP


































Monday, February 1, 2010

GAMBAR-GAMBAR DI MAJLIS PERASMIAN PENUBUHAN KOPERASI USAHAWAN CENDAWAN PULAU PINANG BERHAD

Proses pendaftaran dan kehadiran peserta-peserta. Para AJK penaja sedang khusyuk menjalankan tugasan masing-masing.

Ketibaan Yg Bhg Dato' Zainal Abidin b. Osman yang hadir bersama Dato' Arshat bin Kasa untuk majlis perasmian penubuhan koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang Berhad.

Puan pengerusi majlis perasmian oleh staff Jabatan pertanian negeri Pulau Pinang. Wow!!!kelas gitu.

Kehadiran sebahagian daripada bakal-bakal ahli dan juga barisan tetamu kehormat

Didahului oleh bacaan bacaan Doa oleh Ustaz

Antara pengusaha cendawan Negeri P.Pinang yang telah datang sedang khusyuk mendengar penerangan

Sebahagian daripada ''crowd" yang hadir..

Dato' Zainal yang sudi meluangkan masa utk hadir merasmikan Penubuhan koperasi. Alhamdulillah .....beliau juga bersetuju untuk menjadi penaung kepada koperasi kita.


Pn Rosmawati menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Pengarah Bahagian Pengembangan (Puan Mazirah) Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang.
Dato' Arshat selaku penasihat koperasi. Beliau juga telah banyak membantu dan membimbing barisan ajk penaja sehingga tertubuhnya koperasi kita. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Dato' Arshat.
Mesyuarat sedang berlangsung. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan teratur.

Pembentangan bajet anggaran 2010 daripada bendahari ajk penaja.
Orang-orang kuat daripada jabatan pertanian negeri yang banyak membantu ajk penaja pada hari tersebut.

No comments:

Post a Comment