Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia kepada pengunjung blog......dikesempatan ini kami ingin mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung blog, tuan/puan/dato'/datin tak kira samada pengusaha cendawan maupun bukan pengusaha cendawan. Proses pembelajaran serta menambah ilmu tidak pernah terhenti sehingga ke akhir hayat kita untuk seseorang itu terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Blog ini diwujudkan agar semua orang mampu mengenali dan berkenalan dengan koperasi ini. Jaringan perniagaan bebas tanpa sekatan dan bersih dari anasir jahat hasad, dengki dan khianat adalah suatu matlamat perjuangan perniagaan kita semua. Insyaallah...



Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang meletakkan impian agar bidang pertanian mampu menjadi penyumbang faktor ekonomi yang utama di suatu masa nanti. Koperasi mengharapkan agar gerakan ini mampu bersama-sama di dalam gerakan koperasi negara untuk menyumbang ke dalam KDNK kita. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk Jabatan Pertanian Pulau Pinang, pihak Suruhanjaya Koperasi, serta lain-lain agensi, individu yang terlibat yang telah menjadi badan penyelaras serta penggerak serta pencetus impian ini menjadi realiti



Keuntungan bukanlah satu-satunya matlamat mutlak perjuangan koperasi namun ianya suatu tuntutan jika koperasi ingin terus cemerlang dalam gerakan. Koperasi tidak mensasarkan keuntungan yang besar untuk tahun pertama namun syabas untuk semua yang terlibat kerana gerakan aktiviti yang berterusan memperlihatkan kesungguhan meskipun tanpa sebarang dana permulaan yang besar. Koperasi kini akan akan memberi tumpuan perhatian terhadap proses transformasi petani/pengusaha tradisional kepada komersial serta merubah pandangan serta persepsi pengusaha di dalam hala tuju projek ini.



Harapan kami agar usahasama diantara pengusaha cendawan baru dan lama serta juga semua bloggers yang lain akan dapat menghasilkan satu jaringan usahasama yang lebih mantap lagi nanti dimasa depan dalam memajukan industri cendawan ini.







Insyaallah


Ikhlas dari Pengerusi KUCPP


































Wednesday, February 9, 2011

SUKAN PETANQ ANGKASA 2011

PERTANDINGAN PETANQ ANGKASA PERINGKAT NEGERI 2011

TARIKH : 27 FEB 2011

TEMPAT : SMK TOK JAYA, SEBERANG PERAI. PULAU PINANG.

KOPERASI BERCADANG DAN BERHARAP AKAN DAPAT MENGHANTAR PENYERTAAN SATU PASUKAN (TERDIRI DARI 3 ORANG) DI PILIH DARI AHLI - AHLI KOPERASI YANG AKAN MEWAKILI KOPERASI KUCPP KE PERTANDINGAN PETANGQ KE PERINGKAT NEGERI DI LOKASI TERSEBUT.

PERHATIAN :

  • TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI - AHLI KUCPP YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN INI.
  • HADIAH YANG LUMAYAN UNTUK SETIAP PASUKAN YANG MENANG. PASUKAN AKAN MEWAKILI NEGERI KE PERINGKAT KEBANGSAAN.
  • SESIAPA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI DENGAN SEGERA KEPADA EN. EZAQ TAUFEEQ 019-4977675 @ EN. ABDUL HADI 012-4516784.
  • YURAN PENYERTAAN SEBANYAK RM50.00 UNTUK SETIAP PASUKAN AKAN DITANGGUNG OLEH KOPERASI (KUCPP)
"BERSAMA KITA MENGERATKAN SILATURAHIM & BERSUKAN UNTUK KESIHATAN". UNTUK SEMUA AHLI/ANGGOTA KOPERASI MARI KITA BERAMAI-RAMAI TURUN UNTUK MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA PASUKAN KOPERASI KITA. MAJULAH SUKAN UNTUK KOPERASI.

No comments:

Post a Comment