Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia kepada pengunjung blog......dikesempatan ini kami ingin mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung blog, tuan/puan/dato'/datin tak kira samada pengusaha cendawan maupun bukan pengusaha cendawan. Proses pembelajaran serta menambah ilmu tidak pernah terhenti sehingga ke akhir hayat kita untuk seseorang itu terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Blog ini diwujudkan agar semua orang mampu mengenali dan berkenalan dengan koperasi ini. Jaringan perniagaan bebas tanpa sekatan dan bersih dari anasir jahat hasad, dengki dan khianat adalah suatu matlamat perjuangan perniagaan kita semua. Insyaallah...



Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang meletakkan impian agar bidang pertanian mampu menjadi penyumbang faktor ekonomi yang utama di suatu masa nanti. Koperasi mengharapkan agar gerakan ini mampu bersama-sama di dalam gerakan koperasi negara untuk menyumbang ke dalam KDNK kita. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk Jabatan Pertanian Pulau Pinang, pihak Suruhanjaya Koperasi, serta lain-lain agensi, individu yang terlibat yang telah menjadi badan penyelaras serta penggerak serta pencetus impian ini menjadi realiti



Keuntungan bukanlah satu-satunya matlamat mutlak perjuangan koperasi namun ianya suatu tuntutan jika koperasi ingin terus cemerlang dalam gerakan. Koperasi tidak mensasarkan keuntungan yang besar untuk tahun pertama namun syabas untuk semua yang terlibat kerana gerakan aktiviti yang berterusan memperlihatkan kesungguhan meskipun tanpa sebarang dana permulaan yang besar. Koperasi kini akan akan memberi tumpuan perhatian terhadap proses transformasi petani/pengusaha tradisional kepada komersial serta merubah pandangan serta persepsi pengusaha di dalam hala tuju projek ini.



Harapan kami agar usahasama diantara pengusaha cendawan baru dan lama serta juga semua bloggers yang lain akan dapat menghasilkan satu jaringan usahasama yang lebih mantap lagi nanti dimasa depan dalam memajukan industri cendawan ini.







Insyaallah


Ikhlas dari Pengerusi KUCPP


































Wednesday, February 9, 2011

KURSUS ANJURAN ANGKASA.

KURSUS ASAS PERANAN DAN TANGGUNJAWAB ANGGOTA KOPERASI & ASAS MEMAHAMI PENYATA KEWANGAN KOPERASI.

TARIKH: 19 hingga 20 FEB 2011 (SABTU HINGGA AHAD)

TEMPAT :

HOTEL SUNWAY NO.

33 NEW LANE (OFF JLN MACALISTER) GEORGETOWN, 11400 PULAU PINANG.

OBJEKTIF :

MEMBERI KEFAHAMAN MENGENAI KOPERASI, MEMAHAMI PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB,MEMAHAMI PENYATA KEWANGAN.

ATURCARA :

19 HB FEB 2011 - 8.00 PAGI PENDAFTARAN HINGGA 10.00MLM

20HB FEB 2011 - 8.30PAGI HINGGA 12.30TENGAHARI.

PESERTA:
1.MOHD. EZAQ TAUFEEQ BIN ABDUL RAZAK

2.SOLAHUDDIN BIN BAKAR

ALHAMDULILLAH 2 ORANG WAKIL KOPERASI YG MENYERTAI KURSUS ANJURAN ANGKASA. DIHARAPKAN LEBIH BANYAK PENYERTAAN DARI SEMUA ANGGOTA KOPERASI UNTUK MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN SERTA PEMBANGUNAN MODAL INSAN.

P/S : PENYERTAAN ADALAH PERCUMA. KOS PENYERTAAN DITANGGUNG OLEH KOPERASI (KUCPP). TERBUKA KPD SEMUA ANGGOTA-ANGGOTA KOPERASI YG BELUM PERNAH MENGHADIRI KURSUS INI SEBELUM INI. PENGINAPAN & MAKAN MINUM DIASEDIAKAN OLEH ANGKASA. SIJIL AKAN DIKELUARKAN OLEH PIHAK ANGKASA.

No comments:

Post a Comment