Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia kepada pengunjung blog......dikesempatan ini kami ingin mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung blog, tuan/puan/dato'/datin tak kira samada pengusaha cendawan maupun bukan pengusaha cendawan. Proses pembelajaran serta menambah ilmu tidak pernah terhenti sehingga ke akhir hayat kita untuk seseorang itu terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Blog ini diwujudkan agar semua orang mampu mengenali dan berkenalan dengan koperasi ini. Jaringan perniagaan bebas tanpa sekatan dan bersih dari anasir jahat hasad, dengki dan khianat adalah suatu matlamat perjuangan perniagaan kita semua. Insyaallah...



Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang meletakkan impian agar bidang pertanian mampu menjadi penyumbang faktor ekonomi yang utama di suatu masa nanti. Koperasi mengharapkan agar gerakan ini mampu bersama-sama di dalam gerakan koperasi negara untuk menyumbang ke dalam KDNK kita. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk Jabatan Pertanian Pulau Pinang, pihak Suruhanjaya Koperasi, serta lain-lain agensi, individu yang terlibat yang telah menjadi badan penyelaras serta penggerak serta pencetus impian ini menjadi realiti



Keuntungan bukanlah satu-satunya matlamat mutlak perjuangan koperasi namun ianya suatu tuntutan jika koperasi ingin terus cemerlang dalam gerakan. Koperasi tidak mensasarkan keuntungan yang besar untuk tahun pertama namun syabas untuk semua yang terlibat kerana gerakan aktiviti yang berterusan memperlihatkan kesungguhan meskipun tanpa sebarang dana permulaan yang besar. Koperasi kini akan akan memberi tumpuan perhatian terhadap proses transformasi petani/pengusaha tradisional kepada komersial serta merubah pandangan serta persepsi pengusaha di dalam hala tuju projek ini.



Harapan kami agar usahasama diantara pengusaha cendawan baru dan lama serta juga semua bloggers yang lain akan dapat menghasilkan satu jaringan usahasama yang lebih mantap lagi nanti dimasa depan dalam memajukan industri cendawan ini.







Insyaallah


Ikhlas dari Pengerusi KUCPP

































Thursday, May 20, 2010

PELUANG PEMBANGUNAN MODAL INSAN 2010

SEMINAR TANAMAN CENDAWAN
USAHASAHAMA
KOPERASI USAHAWAN CENDAWAN PULAU PINANG BERHAD
DENGAN
JABATAN PERTANIAN PULAU PINANG
TARIKH SEMINAR : 26 DAN 27 JUN 2010
LOKASI : HOTEL SRI MALAYSIA, KEPALA BATAS
YURAN PENYERTAAN : HANYA RM30 (AHLI KOPERASI)
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA YANG SANGAT BERFAEDAH UNTUK TEKNOLOGI PENANAMAN CENDAWAN. PENCERAMAH YANG DIUNDANG KHAS SANGAT BERKELIBER DAN BERJAYA.
ANTARA TOPIK PEMBENTANGAN YANG DICADANGKAN ADALAH SEPERTI DI BAWAH :

PENGENALAN SERTA HALA TUJU TANAMAN CENDAWAN DALAM BIDANG PERTANIAN SERTA INDUSTRI ASAS TANI SELARAS DENGAN MATLAMAT KEMENTERIAN.

PENCERAMAH : PUAN NORMAH BINTI YAHAYA

KERTAS KERJA : KONSEP PEMASARAN

PENCERAMAH : DATIN MAZLINA (CIMA AGRO SDN BHD)

KERTAS KERJA : PRODUK HILIRAN

PENCERAMAH : PUAN ZAINON (GENTING PERMAI RESOURCES)

BERKONGSI KEJAYAAN DENGAN PENGUSAHA CENDAWAN

PENCERAMAH : MR.OOI (AGRO BIO FUTURE GUNUNG JERAI) & HAJI MARZUKI (PENGUSAHA BALIK PULAU)

APLIKASI CENDAWAN DI DALAM SEKTOR PERUBATAN

PENCERAMAH : DR. SHIRLLEY (AGRO BIO FUTURE - GUNUNG JERAI)

PELUPUSAN BEG MEDIA CENDAWAN - BIOCHAR

PENCERAMAH : EN. NABIL SANUSI (NAS AGRO FARM)

PENDEDAHAN & PERKONGSIAN MAKLUMAT

TENTANG BUDAYA KOPERASI. SESSI BERSAMA KOPERASI USAHAWAN CENDAWAN PULAU PINANG BERHAD (P-4-0469)

PERSATUAN CENDAWAN PENYELIDIK MALAYSIA

NANTIKAN MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI NANTI.
UNTUK PENYERTAAN SILA BERHUBUNG DENGAN PIHAK KOPERASI. KEHADIRAN SEMUA AHLI KOPERASI SANGAT DIALU-ALUKAN. TEMPAT ADALAH TERHAD KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA AHLI KOPERASI. HANYA 50 TEMPAT
AKTIVITI LAIN IALAH...JUALAN PRODUK, BARANGAN PENGUSAHA SERTA DEMO & PAMERAN

No comments:

Post a Comment