
Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang meletakkan impian agar bidang pertanian mampu menjadi penyumbang faktor ekonomi yang utama di suatu masa nanti. Koperasi mengharapkan agar gerakan ini mampu bersama-sama di dalam gerakan koperasi negara untuk menyumbang ke dalam KDNK kita. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk Jabatan Pertanian Pulau Pinang, pihak Suruhanjaya Koperasi, serta lain-lain agensi, individu yang terlibat yang telah menjadi badan penyelaras serta penggerak serta pencetus impian ini menjadi realiti
Keuntungan bukanlah satu-satunya matlamat mutlak perjuangan koperasi namun ianya suatu tuntutan jika koperasi ingin terus cemerlang dalam gerakan. Koperasi tidak mensasarkan keuntungan yang besar untuk tahun pertama namun syabas untuk semua yang terlibat kerana gerakan aktiviti yang berterusan memperlihatkan kesungguhan meskipun tanpa sebarang dana permulaan yang besar. Koperasi kini akan akan memberi tumpuan perhatian terhadap proses transformasi petani/pengusaha tradisional kepada komersial serta merubah pandangan serta persepsi pengusaha di dalam hala tuju projek ini.
Harapan kami agar usahasama diantara pengusaha cendawan baru dan lama serta juga semua bloggers yang lain akan dapat menghasilkan satu jaringan usahasama yang lebih mantap lagi nanti dimasa depan dalam memajukan industri cendawan ini.
Insyaallah
Ikhlas dari Pengerusi KUCPP
|
|

Sunday, May 23, 2010
TAK TAHU NAK JUAL CENDAWAN KAT MANA???
Buat masa sekarang kita sudah kenal pasti 1 lokasi di Tasik, Spg.Empat. Kita akan mengenalpasti 2 lagi lokasi untuk memudahkan ahli. Ahli koperasi boleh memilih mana-mana lokasi yang berhampiran dengan mereka.
Harga belian RM5.80/kg (tidak perlu packing)
Untuk keterangan lanjut; sila berhubung dengan Pn. Fatimah (019-4728214) @ En. Abdul Hadi (019-3785532)
Lagi Peluang Tambah Pendapatan Untuk Ahli Koperasi
Koperasi membuka peluang hanya kepada yang betul-betul berminat. Cendawan anda tukar menjadi cendawan goreng tempura.......dan terus bekalkan kepada koperasi. Peluang ini lebih diutamakan untuk ahli koperasi di lokasi SPS dan SPT.
Kursus memasak akan diberikan dengan kos yang cukup minima iaitu RM70/= untuk seorang. Ahli yang berminat akan disenarai pendekkan serta dipanggil untuk memaklumkan syarat-syaratnya.
Anda berminat sila berhubung dengan pihak koperasi segera...En. Abdul Hadi (019-3785532) atau Pn.Fatimah (019-4728214).
Thursday, May 20, 2010
PELUANG PEMBANGUNAN MODAL INSAN 2010
PENGENALAN SERTA HALA TUJU TANAMAN CENDAWAN DALAM BIDANG PERTANIAN SERTA INDUSTRI ASAS TANI SELARAS DENGAN MATLAMAT KEMENTERIAN.
PENCERAMAH : PUAN NORMAH BINTI YAHAYA
KERTAS KERJA : KONSEP PEMASARAN
PENCERAMAH : DATIN MAZLINA (CIMA AGRO SDN BHD)
KERTAS KERJA : PRODUK HILIRAN
PENCERAMAH : PUAN ZAINON (GENTING PERMAI RESOURCES)
BERKONGSI KEJAYAAN DENGAN PENGUSAHA CENDAWAN
PENCERAMAH : MR.OOI (AGRO BIO FUTURE GUNUNG JERAI) & HAJI MARZUKI (PENGUSAHA BALIK PULAU)
APLIKASI CENDAWAN DI DALAM SEKTOR PERUBATAN
PENCERAMAH : DR. SHIRLLEY (AGRO BIO FUTURE - GUNUNG JERAI)
PELUPUSAN BEG MEDIA CENDAWAN - BIOCHAR
PENCERAMAH : EN. NABIL SANUSI (NAS AGRO FARM)
PENDEDAHAN & PERKONGSIAN MAKLUMAT
TENTANG BUDAYA KOPERASI. SESSI BERSAMA KOPERASI USAHAWAN CENDAWAN PULAU PINANG BERHAD (P-4-0469)
PERSATUAN CENDAWAN PENYELIDIK MALAYSIA
Wednesday, May 5, 2010
Peluang Utk Menjadi Vendor KUCPP
Pihak Koperasi mempelawa dan membuka peluang kepada mana-mana individu yang berminat untuk menjadi pembekal yang dapat menawarkan harga terendah beserta kualiti yang sewajarnya utk barangan bahan mentah cendawan seperti set cap/neck/rest, Plastik PP, Habuk Kayu, Benih Cendawan, Dedak Padi & mesin serta lain-lain kelengkapan peralatan yang digunakan dalam projek penanaman cendawan.
Sila emailkan sebut harga termasuk kos penghantaran ke Seluruh kwsn Seberang Perai & Pulau Pinang kepada pihak koperasi :-