Teks ucapan Puan Pengerusi Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang Berhad - Puan Rosmawati Muhammad (16hb Jan 2010)
Budaya koperasi merupakan suatu dimensi penting di dalam pembentukan dan pembangunan sosio-ekonomi sesebuah masyarakat umumnnya. Sekali gus ianya mampu membantu kita untuk membendung kita dari ditindas dengan masalah orang tengah. Tidak keterlaluan jika saya katakan budaya koperasi ini juga mampu mengawal kenaikan harga barang. Sesiapa sahaja yang menjadi pemain di dalam dunia perniagaan serta terlibat dengan aktiviti sosio ekonomi tidak dapat lari dari hukum persaingan. Kita...mungkin pemenang di masa kini tetapi kita tidak akan terus dapat berada di puncak sekiranya kita tidak benar-banar peka dan tajam dengan segala perubahan di sekeliling kita. Saya ingin menggunakan ungkapan English iaitu "Survivor Of The Fittest" itulah perumpamaan yang menunjukkan hanya mereka yang cukup cekap dan tajam dalam dunia perniagaan yang akan mampu bersaing. Kita mengwujudkan koperasi supaya kita tidak akan bersaing sesama sendiri malah kita akan bekerjasama dalam suatu kumpulan yang besar. Kita semua mungkin adalah penggiat pertanian namun sudah sampai masanya kita berfikir untuk menjadikan pertanian ini sebagai suatu entiti perniagaan. Koperasi mamapu membantu para petani yang selama ini hanya setakat mengeluarkan hasil sedangkan sebenarnya masih banyak lagi aktiviti tambah nilai untuk hasilan pertanian tersebut yang dilakukan oleh individu lain yang telah nampak peluang dan potensi. Dengan membudayakan koperasi juga kita akan dapat lebih manafaat dari segi pengumpulan modal serta bantuan dari pihak kerajaan. Kita tidak seharusnya menyempitkan diri dan pemikiran kita, bila saja penubuhan sesebuah koperasi perkara yang selalu dibincangkan ialah berapa banyak pinjaman dan berapa peratus faedah yang dikenakan. Sebenarnya, banyak lagi faedah dan keuntungan yang bakal kita kecapi dengan membudayakan koperasi dalam masyarakat dan komuniti pengusaha tanaman cendawan khususnya. Saya juga berharap suatu hari nanti pertanian khususnya tanaman cendawan ini mampu juga turut sama aktif di dalam program berteknologi tinggi yang mampu memberikan pulangan yang lebih lumayan kepada semua pengusaha cendawan. Koperasi diwujudkan untuk menyelesaikan masalah dan itu adalah sejarah untuk sesebuah koperasi. Ingin saya berkongsi dengan semua makna "COORPERATION" @ koperasi itu sendiri....kehadiran kita semua pada hari ini (16/jan 2010) adalah sebuah permulaan "Beginning", Bersama-sama setia dengan koperasi adalah "Progress" hingga kita semua mampu bekerjasama barulah ianya suatu kejayaan "Success".