Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia kepada pengunjung blog......dikesempatan ini kami ingin mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung blog, tuan/puan/dato'/datin tak kira samada pengusaha cendawan maupun bukan pengusaha cendawan. Proses pembelajaran serta menambah ilmu tidak pernah terhenti sehingga ke akhir hayat kita untuk seseorang itu terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Blog ini diwujudkan agar semua orang mampu mengenali dan berkenalan dengan koperasi ini. Jaringan perniagaan bebas tanpa sekatan dan bersih dari anasir jahat hasad, dengki dan khianat adalah suatu matlamat perjuangan perniagaan kita semua. Insyaallah...



Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang meletakkan impian agar bidang pertanian mampu menjadi penyumbang faktor ekonomi yang utama di suatu masa nanti. Koperasi mengharapkan agar gerakan ini mampu bersama-sama di dalam gerakan koperasi negara untuk menyumbang ke dalam KDNK kita. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk Jabatan Pertanian Pulau Pinang, pihak Suruhanjaya Koperasi, serta lain-lain agensi, individu yang terlibat yang telah menjadi badan penyelaras serta penggerak serta pencetus impian ini menjadi realiti



Keuntungan bukanlah satu-satunya matlamat mutlak perjuangan koperasi namun ianya suatu tuntutan jika koperasi ingin terus cemerlang dalam gerakan. Koperasi tidak mensasarkan keuntungan yang besar untuk tahun pertama namun syabas untuk semua yang terlibat kerana gerakan aktiviti yang berterusan memperlihatkan kesungguhan meskipun tanpa sebarang dana permulaan yang besar. Koperasi kini akan akan memberi tumpuan perhatian terhadap proses transformasi petani/pengusaha tradisional kepada komersial serta merubah pandangan serta persepsi pengusaha di dalam hala tuju projek ini.



Harapan kami agar usahasama diantara pengusaha cendawan baru dan lama serta juga semua bloggers yang lain akan dapat menghasilkan satu jaringan usahasama yang lebih mantap lagi nanti dimasa depan dalam memajukan industri cendawan ini.







Insyaallah


Ikhlas dari Pengerusi KUCPP


































Friday, September 17, 2010

Kursus Intensif Tanaman Cendawan Sessi 02/2010

Kursus Intensif Tanaman Cendawan untuk Sessi 02/2010

Anjuran : Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang Bhd (disokong oleh Jabatan Pertanian)
Tarikh : 24 Oktober 2010
Tempat : Dewan Kuliah, Jabatan Pertanian, Cherok Tok Kun, BM
Masa : Pendaftaran : 8.30pagi hingga 9.00pagi
Masa : Kursus : 9.00pagi hingga 5.30 petang
Caj Yuran Kursus : RM170 seorang

Sijil dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pertanian, Makanan & Minuman disediakan, Penceramah dari pihak Jabatan Ptanian & Pengusaha berpengalaman, Kursus terpecah kepada 2 bahagian (teori & perbincangan = 30%) dan (latihan secara praktikal = 70%), Kursus yang berunsur ilmiah tidak hanya mengaut keuntungan semata-mata, Peluang kontrak farming, Pendedahan kepelbagaian dan hala tuju projek industri tanaman cendawan, Punca dan kegagalan pengusaha.

Jangan lepaskan peluang ini. Jika berminat & sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan En. Abdul Hadi (019-3785532) atau (010-5065536) atau Cik Rohana (012-491 6018)
Untuk tempahan tempat
sila bank in deposit RM50 ke dalam akaun Koperasi Usahawan Cendawan PP Bhd ( MayBank Akaun No 557090307837). Sila sms nama & alamat kepada nama di atas selepas pembayaran dibuat. Sila simpan dan bawa slip bank pada hari pendaftaran sebagai bukti. PENDAFTARAN DIBUKA.

No comments:

Post a Comment