Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia kepada pengunjung blog......dikesempatan ini kami ingin mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung blog, tuan/puan/dato'/datin tak kira samada pengusaha cendawan maupun bukan pengusaha cendawan. Proses pembelajaran serta menambah ilmu tidak pernah terhenti sehingga ke akhir hayat kita untuk seseorang itu terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Blog ini diwujudkan agar semua orang mampu mengenali dan berkenalan dengan koperasi ini. Jaringan perniagaan bebas tanpa sekatan dan bersih dari anasir jahat hasad, dengki dan khianat adalah suatu matlamat perjuangan perniagaan kita semua. Insyaallah...



Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang meletakkan impian agar bidang pertanian mampu menjadi penyumbang faktor ekonomi yang utama di suatu masa nanti. Koperasi mengharapkan agar gerakan ini mampu bersama-sama di dalam gerakan koperasi negara untuk menyumbang ke dalam KDNK kita. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk Jabatan Pertanian Pulau Pinang, pihak Suruhanjaya Koperasi, serta lain-lain agensi, individu yang terlibat yang telah menjadi badan penyelaras serta penggerak serta pencetus impian ini menjadi realiti



Keuntungan bukanlah satu-satunya matlamat mutlak perjuangan koperasi namun ianya suatu tuntutan jika koperasi ingin terus cemerlang dalam gerakan. Koperasi tidak mensasarkan keuntungan yang besar untuk tahun pertama namun syabas untuk semua yang terlibat kerana gerakan aktiviti yang berterusan memperlihatkan kesungguhan meskipun tanpa sebarang dana permulaan yang besar. Koperasi kini akan akan memberi tumpuan perhatian terhadap proses transformasi petani/pengusaha tradisional kepada komersial serta merubah pandangan serta persepsi pengusaha di dalam hala tuju projek ini.



Harapan kami agar usahasama diantara pengusaha cendawan baru dan lama serta juga semua bloggers yang lain akan dapat menghasilkan satu jaringan usahasama yang lebih mantap lagi nanti dimasa depan dalam memajukan industri cendawan ini.







Insyaallah


Ikhlas dari Pengerusi KUCPP


































Saturday, April 17, 2010

STATUS KOPERASI USAHAWAN CENDAWAN PULAU PINANG BERHAD

ADALAH DENGAN INI DIPERAKUKAN BAHAWA KOPERASI USAHAWAN CENDAWAN PULAU PINANG BERHAD DAN UNDANG-UNDANG KECILNYA YANG DILULUSKAN OLEH MESYUARAT AGUNG PERMULAAN PADA 16 JANUARI 2010 DI DAFTARKAN SEBAGAI KOPERASI ASAS DENGAN LIABILITI TERHADD DI BAWAH SUBSEKSYEN 7(1) AKTA KOPERASI 1993.
BIL. DAFTAR : P-4-0469
RUJ: SKM.IP(PEND)P-456/(1)
DENGAN INI SEMUA AHLI BOLEH MEMBUAT PEMBAYARAN UNTUK MEMBELI MODAL SYER KOPERASI MINIMA SEBANYAK I UNIT DENGAN JUMLAH RM100 SE UNIT.
PEMBELIAN MODAL SYER BOLEH DILAKUKAN MELALUI SEMUA AHLI LEMBAGA PENGARAH KAWASAN MASING-MASING ATAU TERUS KE BENDAHARI KOPERASI IAITU EN. AZMAN BIN BEDE (019-5678977). BAYARAN BOLEH DILAKUKAN SEKALI GUS ATAUPUN SECARA ANSURAN DALAM TEMPOH 3 BULAN DARI SEKARANG.
WADAH PERJUANGAN KITA SUDAH BERMULA MARI KITA TERUSKAN PERJUANGAN INI BERSAMA-SAMA. WANG SYER INI MERUPAKAN PERKONGSIAN PENGUMPULAN MODAL DEMI KOPERASI INI MENJALANKAN KAN AKTIVITINYA. KITA SEMUA ADALAH KOPERASI ITU. INSYAALLAH...KOPERASI AKAN MEMBUKA PELUANG - PELUANG PERNIAGAAN KEPADA SEMUA AHLI-AHLINYA. APA YANG PENTING NIAT PERJUANGAN KITA.
Perenggan 50(b) Akta Koperasi dan Undang-undang kecil koperasi , setiap anggota hendaklah melanggan RM100.00 (Ringgit : seratus) syer sebagai sumbangan minima yang hendaklah dijelaskan dalam tempoh 5 bulan dari perakuan pendaftaran diterima koperasi ataupun 5 bulan dari tarih penerimaannya sebagai anggota.

No comments:

Post a Comment