Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia kepada pengunjung blog......dikesempatan ini kami ingin mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung blog, tuan/puan/dato'/datin tak kira samada pengusaha cendawan maupun bukan pengusaha cendawan. Proses pembelajaran serta menambah ilmu tidak pernah terhenti sehingga ke akhir hayat kita untuk seseorang itu terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Blog ini diwujudkan agar semua orang mampu mengenali dan berkenalan dengan koperasi ini. Jaringan perniagaan bebas tanpa sekatan dan bersih dari anasir jahat hasad, dengki dan khianat adalah suatu matlamat perjuangan perniagaan kita semua. Insyaallah...
Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang meletakkan impian agar bidang pertanian mampu menjadi penyumbang faktor ekonomi yang utama di suatu masa nanti. Koperasi mengharapkan agar gerakan ini mampu bersama-sama di dalam gerakan koperasi negara untuk menyumbang ke dalam KDNK kita. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk Jabatan Pertanian Pulau Pinang, pihak Suruhanjaya Koperasi, serta lain-lain agensi, individu yang terlibat yang telah menjadi badan penyelaras serta penggerak serta pencetus impian ini menjadi realiti
Keuntungan bukanlah satu-satunya matlamat mutlak perjuangan koperasi namun ianya suatu tuntutan jika koperasi ingin terus cemerlang dalam gerakan. Koperasi tidak mensasarkan keuntungan yang besar untuk tahun pertama namun syabas untuk semua yang terlibat kerana gerakan aktiviti yang berterusan memperlihatkan kesungguhan meskipun tanpa sebarang dana permulaan yang besar. Koperasi kini akan akan memberi tumpuan perhatian terhadap proses transformasi petani/pengusaha tradisional kepada komersial serta merubah pandangan serta persepsi pengusaha di dalam hala tuju projek ini.
Harapan kami agar usahasama diantara pengusaha cendawan baru dan lama serta juga semua bloggers yang lain akan dapat menghasilkan satu jaringan usahasama yang lebih mantap lagi nanti dimasa depan dalam memajukan industri cendawan ini.
Insyaallah
Ikhlas dari Pengerusi KUCPP

|
|

Saturday, February 27, 2010
MAULIDUR RASUL
Dlm bahasa arab bermaksud hari kelahiran Rasul...
Mungkin ada yang terlupa hari kemangkatan baginda......
Salam maulidurasul kepada semua pengunjung...
Tingkatkan penghayatan as-sunnah tanda kecintaan kita pada Rasulullah...
...dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertakwalah kamu ...
Wednesday, February 24, 2010
STATUS KOPERASI USAHAWAN CENDAWAN PULAU PINANG BERHAD
ALHAMDULILLAH.......KE HADRAT ALLAH S.W.T
ADALAH DENGAN INI DIPERAKUKAN BAHAWA KOPERASI USAHAWAN CENDAWAN PULAU PINANG BERHAD DAN UNDANG-UNDANG KECILNYA YANG DILULUSKAN OLEH MESYUARAT AGUNG PERMULAAN PADA 16 JANUARI 2010 DIDAFTARKAN SEBAGAI SEBUAH KOPERASI ASAS DENGAN LIABILITI TERHAD DI BAWAH SUBSEKSYEN 7(1) AKTA KOPERASI 1993. TELAH SELAMAT DI TANDATANGANI DAN DIMETERAI PADA 22 HARIBULAN MAC 2010 OLEH DATO' MANSOR BIN SAAD (PENGERUSI EKSEKUTIF SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA) DAN EN. ZAINAL ABIDIN BIN AB MANAF (SETIAUSAHA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA).
BIL DAFTAR : P-4-0469
RUJ : SKM.IP(PEND)P-456/(1)
MERUJUK KEPADA PERKARA DI ATAS SEMUA AHLI BOLEH MEMBUAT BAYARAN MODAL SYER KOPERASI SEBANYAK MIN RM100.00 SE UNIT DALAM TEMPOH 3 BULAN DARI SEKARANG. BAYARAN BOLEH DILAKUKAN SECARA ANSURAN DALAM TEMPOH TERSEBUT ATAUPUN BOLEH DI LAKUKAN SEKALI GUS. PEMBAYARAN MODAL SYER MERUPAKAN SUATU BENTUK CARUMAN BERKUMPULAN UNTUK KOPERASI MENJALANKAN AKTIVITI PERNIAGAAN SERTA MEMBERIKAN PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN KEPADA AHLI SECARA SERENTAK.
Sunday, February 7, 2010
STRATEGI KOPERASI USAHAWAN CENDAWAN PULAU PINANG BERHAD
- BERTINDAK SEBAGAI PUSAT PENGUMPULAN DAN PENGEDARAN
- MENGWUJUDKAN NILAI INOVASI DENGAN MENURUNKAN STRUKTUR KOS PENGELUARAN DAN MENINGKATKAN NILAI PEMBELI
- MENINGKATKAN NILAI PEMBELI DENGAN MENCIPTA ELEMEN BARU DALAM PASARAN
- MENGAMALKAN PRINSIP KOPERASI DENGAN PERGERAKAN OLEH PENGGUNA UNTUK PENGGUNA
Wednesday, February 3, 2010
OBJEKTIF KOPERASI CENDAWAN PULAU PINANG BERHAD
- MEMAJUKAN SOSIO-EKONOMI ANGGOTA MENURUT PRINSIP KOPERASI
- MENINGKATKAN PENDAPATAN SERTA MENGUKUHKAN EKONOMI SETIAP AHLI
- MENJALIN KERJASAMA BAGI MEMBERI MANAFAAT DAN FAEDAH KEPADA ANGGOTA
- MENGWUJUDKAN PROGRAM BERSISTEMATIK MELALUI PROGRAM PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
Monday, February 1, 2010
GAMBAR-GAMBAR DI MAJLIS PERASMIAN PENUBUHAN KOPERASI USAHAWAN CENDAWAN PULAU PINANG BERHAD
Subscribe to:
Posts (Atom)