KOPERASI USAHAWAN CENDAWAN PULAU PINANG BERHAD (KUCPP)
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia kepada pengunjung blog......dikesempatan ini kami ingin mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung blog, tuan/puan/dato'/datin tak kira samada pengusaha cendawan maupun bukan pengusaha cendawan. Proses pembelajaran serta menambah ilmu tidak pernah terhenti sehingga ke akhir hayat kita untuk seseorang itu terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Blog ini diwujudkan agar semua orang mampu mengenali dan berkenalan dengan koperasi ini. Jaringan perniagaan bebas tanpa sekatan dan bersih dari anasir jahat hasad, dengki dan khianat adalah suatu matlamat perjuangan perniagaan kita semua. Insyaallah...
Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang meletakkan impian agar bidang pertanian mampu menjadi penyumbang faktor ekonomi yang utama di suatu masa nanti. Koperasi mengharapkan agar gerakan ini mampu bersama-sama di dalam gerakan koperasi negara untuk menyumbang ke dalam KDNK kita. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk Jabatan Pertanian Pulau Pinang, pihak Suruhanjaya Koperasi, serta lain-lain agensi, individu yang terlibat yang telah menjadi badan penyelaras serta penggerak serta pencetus impian ini menjadi realiti
Keuntungan bukanlah satu-satunya matlamat mutlak perjuangan koperasi namun ianya suatu tuntutan jika koperasi ingin terus cemerlang dalam gerakan. Koperasi tidak mensasarkan keuntungan yang besar untuk tahun pertama namun syabas untuk semua yang terlibat kerana gerakan aktiviti yang berterusan memperlihatkan kesungguhan meskipun tanpa sebarang dana permulaan yang besar. Koperasi kini akan akan memberi tumpuan perhatian terhadap proses transformasi petani/pengusaha tradisional kepada komersial serta merubah pandangan serta persepsi pengusaha di dalam hala tuju projek ini.
Harapan kami agar usahasama diantara pengusaha cendawan baru dan lama serta juga semua bloggers yang lain akan dapat menghasilkan satu jaringan usahasama yang lebih mantap lagi nanti dimasa depan dalam memajukan industri cendawan ini.
Insyaallah
Ikhlas dari Pengerusi KUCPP

|
|
Monday, February 14, 2011
BELIAN & PENGHANTARAN TERUS KE RUMAH
Anda tahu atau tidak ...kini anda tidak lagi perlu pergi untuk membeli semua keperluan barangan, peralatan serta bahan input yang akan digunakan di dalam projek tanaman cendawan. Koperasi akan membantu anda dalam belian serta menyediakan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah anda. Tentu ada kos/caj tapi yang pasti anda tidak perlu bersusah payah, tercari-cari serta menghabiskan masa anda di luar. Kita akan menyediakan perkhidmatan begini 2 kali seminggu mengikut kawasan). Untuk mendapatkan khidmat ini, sila berhubung dengan En. Abdul Hadi (012-451 6784).
Sunday, February 13, 2011
PEKELILING KOPERASI BIL. 1/2011
Bayaran Deposit Seminar Dan Kursus Anjuran Angkasa
Merujuk kepada pekeliling yang diterima, pihak koperasi ingin memaklumkan kepada semua anggota koperasi dan Ahli Lembaga Pengarah, semua penyertaan anggota ataupun Ahli Lembaga Pengarah ke mana-mana kursus bersiri, kursus biasa ataupun seminar yang dianjurkan oleh pihak ANGKASA akan dikenakan bayaran sebanyak RM30.00 (kursus biasa) manakala RM50.00 (seminar), jadi pihak koperasi benar-benar mengharapkan semua peserta yang dihantar untuk mengikuti mana-mana kursus/seminar agar dapat memanafaatkan peluang penyertaan tersebut dengan sebaik mungkin.
Namun begitu, pihak koperasi amat mengalu-alukan penyertaan serta kerjasama dari semua anggota koperasi untuk tujuan pengembangan pengetahuan dan maklumat.

Wednesday, February 9, 2011
SUKAN PETANQ ANGKASA 2011
PERTANDINGAN PETANQ ANGKASA PERINGKAT NEGERI 2011
TARIKH : 27 FEB 2011
TEMPAT : SMK TOK JAYA, SEBERANG PERAI. PULAU PINANG.
KOPERASI BERCADANG DAN BERHARAP AKAN DAPAT MENGHANTAR PENYERTAAN SATU PASUKAN (TERDIRI DARI 3 ORANG) DI PILIH DARI AHLI - AHLI KOPERASI YANG AKAN MEWAKILI KOPERASI KUCPP KE PERTANDINGAN PETANGQ KE PERINGKAT NEGERI DI LOKASI TERSEBUT.
PERHATIAN :

- TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI - AHLI KUCPP YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN INI.
- HADIAH YANG LUMAYAN UNTUK SETIAP PASUKAN YANG MENANG. PASUKAN AKAN MEWAKILI NEGERI KE PERINGKAT KEBANGSAAN.
- SESIAPA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI DENGAN SEGERA KEPADA EN. EZAQ TAUFEEQ 019-4977675 @ EN. ABDUL HADI 012-4516784.
- YURAN PENYERTAAN SEBANYAK RM50.00 UNTUK SETIAP PASUKAN AKAN DITANGGUNG OLEH KOPERASI (KUCPP)
EKSPO MINI KARNIVAL KOPERASI 2011 ANJURAN SKM
JEMPUTAN UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM EKSPO MINI KARNIVAL KOPERASI 20011 (PRODUK MAKANAN).
TARIKH : 25 - 27 FEB 2011
MASA : 10.00 PAGI - 10.00 MALAM.
TEMPAT :
DI RUANG LEGAR THE MALL, PUTRA PLACE, 100 JALAN PUTRA, 50350 KUALA LUMPUR.
TARIKH : 25 - 27 FEB 2011
MASA : 10.00 PAGI - 10.00 MALAM.
TEMPAT :
DI RUANG LEGAR THE MALL, PUTRA PLACE, 100 JALAN PUTRA, 50350 KUALA LUMPUR.
KURSUS ANJURAN ANGKASA.
KURSUS ASAS PERANAN DAN TANGGUNJAWAB ANGGOTA KOPERASI & ASAS MEMAHAMI PENYATA KEWANGAN KOPERASI.
TARIKH: 19 hingga 20 FEB 2011 (SABTU HINGGA AHAD)
TEMPAT :
HOTEL SUNWAY NO.
P/S : PENYERTAAN ADALAH PERCUMA. KOS PENYERTAAN DITANGGUNG OLEH KOPERASI (KUCPP). TERBUKA KPD SEMUA ANGGOTA-ANGGOTA KOPERASI YG BELUM PERNAH MENGHADIRI KURSUS INI SEBELUM INI. PENGINAPAN & MAKAN MINUM DIASEDIAKAN OLEH ANGKASA. SIJIL AKAN DIKELUARKAN OLEH PIHAK ANGKASA.
TARIKH: 19 hingga 20 FEB 2011 (SABTU HINGGA AHAD)
TEMPAT :
HOTEL SUNWAY NO.
33 NEW LANE (OFF JLN MACALISTER) GEORGETOWN, 11400 PULAU PINANG.
OBJEKTIF :
MEMBERI KEFAHAMAN MENGENAI KOPERASI, MEMAHAMI PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB,MEMAHAMI PENYATA KEWANGAN.
ATURCARA :
19 HB FEB 2011 - 8.00 PAGI PENDAFTARAN HINGGA 10.00MLM
20HB FEB 2011 - 8.30PAGI HINGGA 12.30TENGAHARI.
PESERTA:
1.MOHD. EZAQ TAUFEEQ BIN ABDUL RAZAK
2.SOLAHUDDIN BIN BAKAR
ALHAMDULILLAH 2 ORANG WAKIL KOPERASI YG MENYERTAI KURSUS ANJURAN ANGKASA. DIHARAPKAN LEBIH BANYAK PENYERTAAN DARI SEMUA ANGGOTA KOPERASI UNTUK MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN SERTA PEMBANGUNAN MODAL INSAN.P/S : PENYERTAAN ADALAH PERCUMA. KOS PENYERTAAN DITANGGUNG OLEH KOPERASI (KUCPP). TERBUKA KPD SEMUA ANGGOTA-ANGGOTA KOPERASI YG BELUM PERNAH MENGHADIRI KURSUS INI SEBELUM INI. PENGINAPAN & MAKAN MINUM DIASEDIAKAN OLEH ANGKASA. SIJIL AKAN DIKELUARKAN OLEH PIHAK ANGKASA.
KURSUS ASAS TANAMAN CENDAWAN KE - 3 & 4 ANJURAN KUCPP 2011
KURSUS ASAS TANAMAN CENDAWAN
Anjuran Koperasi Usahawan Cendawan P.Pinang Berhad
dengan dikawal selia oleh pihak Jabatan Pertanian.
TARIKH : 05/03/2011 (SABTU) & 13/03/2011 (AHAD)
TEMPAT : DI DEWAN HOMESTAY KEDA, RELAU, SG. BAKAP
MASA : 8.00 am - 8.30 am PENDAFTARAN.
MASA KURSUS : 9.00am hingga 5.00pm
PERHATIAN:
- Bayaran Yuran kursus RM 150 seorng.
- Kursus diadakan satu hari penuh sahaja.
- Penceramah & Tenaga Pelatih adalah daripada pengusaha cendawan sendiri.
- Lawatan ke rumah cendawan. Belajar teknik-teknik penanaman & ketahui potensi industri tanaman cendawan. Ketahui faktor kegagalan pengusaha serta berkongsi pengalaman bersama pengusaha.
- Tempat kursus yang selesa (berhawa dingin) dengan latihan teori 30% dan praktikal serta perbincangan sebanyak 70%.
- Kami menyediakan sijil, makan & minum, nota & sampel bongkah.
Sesiapa yang berminat sila hubungi En. Abdul Hadi (120-4516784) atau Cik Rohana (012-4916018). Tempat adalah terhad. sila buat bayaran dipositkan RM50 ke (Akaun No : 557090 307837) MayBank. Selepas buat bayaran sila SMS Nama, No. I/C, Alamat & No. Tel. sila bawa bersama slip bank sekali sewaktu pendaftaran untuk pengesahan.
"PERTANIAN ADALAH SATU PERNIAGAAN"
Wednesday, November 3, 2010
KOPERASI SEDIA MEMBANTU AHLI....JALAN SEDANG TERBUKA
MINTA MAAF...DISEBABKAN MASALAH BANJIR YANG SEDANG MELANDA NEGERI PERLIS & ALOR SETAR PIHAK PENGANJUR TERPAKSA MENUNDA PROGRAM INI KE SATU TARIKH LAIN YANG AKAN DIMAKLUMKAN NANTI.
PROMOSI PRODUK KELUARAN AHLI KOPERASI UNTUK DIBANGUNKAN
KOPERASI TELAH DIJEMPUT UNTUK MELAKUKAN JUALAN & PROMOSI PRODUK DI DALAM PROGRAM ANJURAN ANGKASA P.PINANG DI BAWAH PROGRAM PENGUMPULAN DAN PEMBANGUNAN PRODUK TERPILIH.
TARIKH : 13 HB NOV & 14 HB NOV 2010
TEMPAT : PUTRA PALACE, KANGAR, PERLIS
KEPADA MANA-MANA ANGGOTA YANG INGIN MENGHANTAR PRODUK UNTUK DIPROMOSIKAN DI LOKASI YANG DISEBUT, SILA BERHUBUNG DENGAN EN. KARIM BIN AWANG (012-4961611) ATAU TERUS KEPADA PUAN ROSMAWATI (012-470 3609) SEBELUM 11HB NOV 2010.
Subscribe to:
Posts (Atom)