Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia kepada pengunjung blog......dikesempatan ini kami ingin mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung blog, tuan/puan/dato'/datin tak kira samada pengusaha cendawan maupun bukan pengusaha cendawan. Proses pembelajaran serta menambah ilmu tidak pernah terhenti sehingga ke akhir hayat kita untuk seseorang itu terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Blog ini diwujudkan agar semua orang mampu mengenali dan berkenalan dengan koperasi ini. Jaringan perniagaan bebas tanpa sekatan dan bersih dari anasir jahat hasad, dengki dan khianat adalah suatu matlamat perjuangan perniagaan kita semua. Insyaallah...



Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang meletakkan impian agar bidang pertanian mampu menjadi penyumbang faktor ekonomi yang utama di suatu masa nanti. Koperasi mengharapkan agar gerakan ini mampu bersama-sama di dalam gerakan koperasi negara untuk menyumbang ke dalam KDNK kita. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk Jabatan Pertanian Pulau Pinang, pihak Suruhanjaya Koperasi, serta lain-lain agensi, individu yang terlibat yang telah menjadi badan penyelaras serta penggerak serta pencetus impian ini menjadi realiti



Keuntungan bukanlah satu-satunya matlamat mutlak perjuangan koperasi namun ianya suatu tuntutan jika koperasi ingin terus cemerlang dalam gerakan. Koperasi tidak mensasarkan keuntungan yang besar untuk tahun pertama namun syabas untuk semua yang terlibat kerana gerakan aktiviti yang berterusan memperlihatkan kesungguhan meskipun tanpa sebarang dana permulaan yang besar. Koperasi kini akan akan memberi tumpuan perhatian terhadap proses transformasi petani/pengusaha tradisional kepada komersial serta merubah pandangan serta persepsi pengusaha di dalam hala tuju projek ini.



Harapan kami agar usahasama diantara pengusaha cendawan baru dan lama serta juga semua bloggers yang lain akan dapat menghasilkan satu jaringan usahasama yang lebih mantap lagi nanti dimasa depan dalam memajukan industri cendawan ini.







Insyaallah


Ikhlas dari Pengerusi KUCPP


































Sunday, May 23, 2010

TAK TAHU NAK JUAL CENDAWAN KAT MANA???

Jgn risau....koperasi akan bantu anda untuk menyelesaikan masalah ini. Bukan bermotifkan keuntungan besar tapi sekadar membantu mana-mana ahli yang mempunyai masalah untuk menjual dan pasaran.
Buat masa sekarang kita sudah kenal pasti 1 lokasi di Tasik, Spg.Empat. Kita akan mengenalpasti 2 lagi lokasi untuk memudahkan ahli. Ahli koperasi boleh memilih mana-mana lokasi yang berhampiran dengan mereka.

Harga belian RM5.80/kg (tidak perlu packing)

Untuk keterangan lanjut; sila berhubung dengan Pn. Fatimah (019-4728214) @ En. Abdul Hadi (019-3785532)

Lagi Peluang Tambah Pendapatan Untuk Ahli Koperasi

Peluang dibuka untuk semua ahli koperasi yang mengusahakan projek cendawan secara kecil-kecilan dan tidak mempunyai pasaran tetap. Jangan risau!!!! koperasi akan membantu anda..agak klau jual cendawan 2kg x berbaloi utk harga minyak ...jadikan cendawan anda produk hiliran.

Koperasi membuka peluang hanya kepada yang betul-betul berminat. Cendawan anda tukar menjadi cendawan goreng tempura.......dan terus bekalkan kepada koperasi. Peluang ini lebih diutamakan untuk ahli koperasi di lokasi SPS dan SPT.

Kursus memasak akan diberikan dengan kos yang cukup minima iaitu RM70/= untuk seorang. Ahli yang berminat akan disenarai pendekkan serta dipanggil untuk memaklumkan syarat-syaratnya.

Anda berminat sila berhubung dengan pihak koperasi segera...En. Abdul Hadi (019-3785532) atau Pn.Fatimah (019-4728214).

Thursday, May 20, 2010

PELUANG PEMBANGUNAN MODAL INSAN 2010

SEMINAR TANAMAN CENDAWAN
USAHASAHAMA
KOPERASI USAHAWAN CENDAWAN PULAU PINANG BERHAD
DENGAN
JABATAN PERTANIAN PULAU PINANG
TARIKH SEMINAR : 26 DAN 27 JUN 2010
LOKASI : HOTEL SRI MALAYSIA, KEPALA BATAS
YURAN PENYERTAAN : HANYA RM30 (AHLI KOPERASI)
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA YANG SANGAT BERFAEDAH UNTUK TEKNOLOGI PENANAMAN CENDAWAN. PENCERAMAH YANG DIUNDANG KHAS SANGAT BERKELIBER DAN BERJAYA.
ANTARA TOPIK PEMBENTANGAN YANG DICADANGKAN ADALAH SEPERTI DI BAWAH :

PENGENALAN SERTA HALA TUJU TANAMAN CENDAWAN DALAM BIDANG PERTANIAN SERTA INDUSTRI ASAS TANI SELARAS DENGAN MATLAMAT KEMENTERIAN.

PENCERAMAH : PUAN NORMAH BINTI YAHAYA

KERTAS KERJA : KONSEP PEMASARAN

PENCERAMAH : DATIN MAZLINA (CIMA AGRO SDN BHD)

KERTAS KERJA : PRODUK HILIRAN

PENCERAMAH : PUAN ZAINON (GENTING PERMAI RESOURCES)

BERKONGSI KEJAYAAN DENGAN PENGUSAHA CENDAWAN

PENCERAMAH : MR.OOI (AGRO BIO FUTURE GUNUNG JERAI) & HAJI MARZUKI (PENGUSAHA BALIK PULAU)

APLIKASI CENDAWAN DI DALAM SEKTOR PERUBATAN

PENCERAMAH : DR. SHIRLLEY (AGRO BIO FUTURE - GUNUNG JERAI)

PELUPUSAN BEG MEDIA CENDAWAN - BIOCHAR

PENCERAMAH : EN. NABIL SANUSI (NAS AGRO FARM)

PENDEDAHAN & PERKONGSIAN MAKLUMAT

TENTANG BUDAYA KOPERASI. SESSI BERSAMA KOPERASI USAHAWAN CENDAWAN PULAU PINANG BERHAD (P-4-0469)

PERSATUAN CENDAWAN PENYELIDIK MALAYSIA

NANTIKAN MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI NANTI.
UNTUK PENYERTAAN SILA BERHUBUNG DENGAN PIHAK KOPERASI. KEHADIRAN SEMUA AHLI KOPERASI SANGAT DIALU-ALUKAN. TEMPAT ADALAH TERHAD KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA AHLI KOPERASI. HANYA 50 TEMPAT
AKTIVITI LAIN IALAH...JUALAN PRODUK, BARANGAN PENGUSAHA SERTA DEMO & PAMERAN

Wednesday, May 5, 2010

Peluang Utk Menjadi Vendor KUCPP

PELUANG MEMBEKALKAN BAHAN MENTAH/INPUT & PERALATAN/ MESIN UNTUK KOPERASI USAHAWAN CENDAWAN PULAU PINANG BERHAD !!!!!

Pihak Koperasi mempelawa dan membuka peluang kepada mana-mana individu yang berminat untuk menjadi pembekal yang dapat menawarkan harga terendah beserta kualiti yang sewajarnya utk barangan bahan mentah cendawan seperti set cap/neck/rest, Plastik PP, Habuk Kayu, Benih Cendawan, Dedak Padi & mesin serta lain-lain kelengkapan peralatan yang digunakan dalam projek penanaman cendawan.

Sila emailkan sebut harga termasuk kos penghantaran ke Seluruh kwsn Seberang Perai & Pulau Pinang kepada pihak koperasi :-
sila alamatkan untuk :
Pengerusi
Koperasi Usahawan Cendawan Pulau Pinang Berhad (P-4-0469)
d/a No 121, Kampung Paya Semambu, Relau
14200 Sungai Bakap
Seberang Perai Selatan
Pulau Pinang
dan email kan ke mancaptiva@yahoo.com.my


sekian, terima kasih